Orang Masjid TIdak Ada Belas Kasihan, Pencuci Curi Tabung Hadap Hukuman 10 Tahun

Hebahkan !!!

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri tabung di sebuah masjid di Padang Pauh dekat sini pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu didakwa mencuri tabung mengandungi wang RM40 di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh kira-kira pukul 8.45 malam, Sabtu lalu

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Leave a Reply