Cristiano Ronaldo Sah Sarung Jersi Ikonik No7.

Hebahkan !!!

Kelab bolasepak Manchester United atau lebih dikenali sebagai ”Red Devil” telah mengesahkan bahawa pemain baru mereka Cristiano Ronaldo akan menyarung jersi ikonik  nombor Tujuh (7).

Edinson Cavani , striker United yang memakai jersi no 7 pada musim lalu dan juga Ketika Manchester United menewaskan Wolves 1-0 pada perlawanan hari Ahad lalu akan menyarung jersi no 21.

Jerai no 21 ini adalah jersi yang pernah disarung oleh Dan James yang telah berpindah kepada kelab LEEDS dengan yuran transfer 30 juta Pound minggu lepas.

Cavani dilaporkan gembira dengan pertukaran nombor jersi 21 dimana nombor ini adalah nombor yang dia sarungi Ketika bermain untuk Uruguay dan Cristiano Ronaldo telah mengucapkan terima kasih kepada cavani atas kesudian menyerah nombor ikonik 7 kepadanya semula.

 

Leave a Reply