Lelaki Pelik Sanggup Ubah Wajah Gara Gara Nak Jadi “Alien”

Hebahkan !!!

Manusia sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik dan kacak. Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari Perancis yang sanggup mengubah wajahnya semata-mata untuk kelihatan seperti ‘makhluk asing hitam’.

Menurut laporan The Sun, Anthony Loffredo, 32, mendokumentasikan setiap transformasi tersebut menerusi Black Alien Project dengan memuat naik gambar buat tatapan ribuan pengikutnya di Instagram.

Menerusi satu perkongsian pada Januari 2021, Loffredo dilihat tanpa bibir atas, satu perubahan yang menyukarkan untuknya bercakap.

Ia dilakukan beberapa bulan selepas dia terbang ke Sepanyol untuk melakukan pembedahan membuang hidung.

Prosedur tersebut dilakukan seorang ‘pengubah’ dikenali sebagai Oscar Marquez di Barcelona kerana pembedahan ekstrem itu tidak dibenarkan di Perancis.

Juru bedah ekstrem itu melakukan pembedahan dinamakan “rhinotomy” yang menyebabkan wajahnya kelihatan berlubang.

Sebelum ini, Anthony turut melakukan pembedahan membuang telinga untuk kelihatan lebih menyerupai ‘makhluk asing’ lagi selain membelah lidah dan mencacah tatu pada bola matanya walaupun berdepan risiko menjadi buta.

Pada 2017, dia pernah memberitahu akhbar Perancis, Midi Libre bahawa sejak kecil lagi dia cukup meminati mutasi dan transformasi tubuh manusia.

“Saya mendapat idea itu ketika bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan. Saya tidak menikmati kehidupan seperti yang saya mahukan. Ketika berusia 24 tahun saya meninggalkan semuanya dan berhijrah ke Australia.

Walaupun pernah memiliki wajah yang kacak, Anthony tidak pernah menyesal dengan setiap transformasi yang dilakukannya.

“Terima kasih kepada @oscarmarquezbodymod yang telah mengubah hidup saya. Kini, saya mampu melangkah dengan penuh bangga.

Source : FMT

Leave a Reply