KPI 100 Hari Ismail Sabri, Dedah Penyelewengan Pakatan Harapan Sebelum PRU15.

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

WALAUPUN Perdana Menteri Ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat perakuan sendiri mahu perbaiki kedudukan Malaysia dengan mengutama agenda pulihkan negara, harus jangan lupa mendedah penyelewengan Pakatan Harapan (PH) amat banyak tetapi dilindungi oleh Perikatan Nasional (PN) yang didominasi sisa sisa pemimpin PH.

Ini dilihat berpatutan kerana ketika negara sedang diancam pandemik Covid-19 kerja kerja mendakwa mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib lansung tidak berhenti malah ada pula kes baharu di-classified dan  wujud sewaktu melawan pandemik Covid.

Sebab apa KPI Ismail Sabri adalah untuk mengwujudkan dan membuka kes terhadap pemimpin PH dan Bersatu? Ia adalah untuk kebaikan UMNO dan Ismail Sabri sendiri.

Semalam misalnya. seorang lelaki bakal menghadapi hukuman penjara selama 483 tahun jika sabit kesalahan.

Apabila dilihat pada kertas pendakwaan , didapati hampir ke semua kes terbabit bermula pada tahun 2019, iaitu di awal tahun PH mula berkuasa.

UMNO akan lebih kukuh jika musuhnya juga didakwa atas setiap kesalahan mereka tanpa prejudis.

Jika tidak UMNO akan berada di kedudukan “handicap” berlawan dengan musuhnya pada PRU-15.

Sudahlah UMNO kekurangan dana, musuhnya pula sudah mengumpul begitu banyak dana untuk menghadapi Pilihanraya mendatang.

‘Warchest” yang dikumpul secara licik ketika menjadi kerajaan.

Jadi, keperluan untuk wujudkan kluster mahkamah yang “tulen” daripada dalam kalangan pemimpin PH harus disegerakan.

Mereka seperti Ahli Parlimen PKR dan DAP yang melompat kepada Perikatan Nasional harus segera didakwa.

Sambil itu katak-katak dari UMNO juga harus dibukakan kesnya.

Tekanan kepada kes bekas Gabenor, Zeti Akhtar Aziz harus dilakukan.

Bukan mengganggu isi kandungan siasatan tetapi mahukan kes dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Fokus rakyat akan tertumpu kepada apajua penyelewengan PH dan Pejuwang juga.

DAP memerintah melalui “proksi tua” mereka hanya 22 bulan sahaja, tetapi parti itu amat bijak mempergunakan kuasa untuk memberi tekanan demi kebaikan parti mereka. Kesempatan yang ada tidak dilepaskan.

Jadi, ismail Sabri harus kerah dan arah buka kes kes “pending” dan fail masih tergantung pemimpin PH dengan segera.

Begitu juga dengan kes berprofil tinggi yang PH dan PN cuba lindungi atas sebab mereka yang terbabit dipercayai adalah bekas pemimpin mereka sendiri.

Inilah Key Performance Indicator (KPI) untuk Ismail Sabri membuktikan beliau “President material” untuk UMNO.

Sangat berbeza antara jawatan kompromi seperti Perdana Menteri dengan jawatan Presiden yang dipilih oleh ahli.

Leave a Reply