“Jika Food Court KLCC Pun Boleh Bungkus, Apa lagi Warung Tepi Jalan – Kata Datuk Seri Najib

Hebahkan !!!

 

Pada status laman Facebook Datuk Seri Najib Razak (DSNR) semalam, beliau bercerita berkenaan Food Court di tingkat empat KLCC yang ditutup.

Sebuah tempat makan yang sudah wujud selama 22 tahun terpaksa ditutup dan berhenti beroperasi akibat kegawatan serta ketiadaan pelanggan.

Bagaimana pelanggan hendak berkunjung, jika mereka turut hadapi sekatan kawalan pergerakan dan juga masalah ekonomi.

Maka dalam statusnya, Datuk Seri Najib tetap bertegas dengan prinsip ekonomi ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana ia digelar “Najibnomic”.

Di dalam polisi itu, DSNR percaya jika wang berada di tangan rakyat maka mereka akan ada kuasa membeli dan berbelanja dengan wang itu akan menjana apa yang digelar “economic cycle” .

Erti kata ringkas, rakyat membeli, peniaga dapat wang, pemborong dapat hasil dan membayar cukai kepada kerajaan.

Kitaran ekonomi ini semuanya hancur sebaik sahaja Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran.

Polisi Tun Mahathir yang tidak suka wang kerajaan dapat kepada rakyat secara terus seperti BRIM atas sebab ia lebih suka wang itu dapat kepada kroninya dalam pelbagai bentuk seperti bailout dan projek.

Berbalik kepada topik di atas, DSNR andaikan jika mereka yang berkemampuan berniaga di tempat agak elit seperti di KLCC itu pun terpaksa bungkus tutup kedai, apatah lagi para peniaga biasa yang berniaga ala kadar di tepi jalan seperti warung dan gerai gerai makan.

 

Dasar “putting money in peoples hand” yang ditulis oleh DSNR tidak diamalkan, lalu ekonomi negara jadi tunggang langgang. Pihak yang sepatutnya berbelanja telah dimiskinkan dari era Tun Mahathir 22 bulan lagi, dengan membuang pekerjaan, mengurangkan kadar dividen, merampas kembali elaun-elaun, menjual aset milik rakyat yang menjana pendapatan dan sebagainya.

Akhirnya, semua masalah itu telah ”accumulated” dan diterjemahkan kesannya pada hari ini dengan terang dan jelas.

Malaysia telah berdepan masalah sebelum kedatangan pendamik Covid-19 lagi, ketika negara lain di dunia masih belum dilanda Covid dan gawat, Malaysia pula telah mendapat gelaran “World worst major market)

(https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-04-15/malaysia-s-stock-market-keeps-missing-out-on-the-global-rally)

Kemudian di bawah kerajaan 22 bulan, mendapat gelaran Asian worst currency.

https://www.businesstimes.com.sg/government-economy/malaysian-ringgit-is-asia%E2%80%99s-worst-currency-in-april-so-far

Selain itu, syarikat petroleum kebangaan milik rakyat PETRONAS turut jatuh ‘Rating”nya ditangan kerajaan dua puluh dua tahun.

Maka ringkasnya, dengarlah pandangan Datuk Seri Najib ia terbukti dengan “facts and figure”pada mana mana laporan ekonomi dan badan agensi.

Bukan sekadar auta dan retorik dari mereka yang penuh tipu daya politik tapi hanya bijak reka dan cipta skandal sahaja.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply