Bayi lelaki ditemukan dalam plastik biru di depan rumah

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR / Pic

SEORANG bayi lelaki ditemukan dalam beg plastik berwarna biru di hadapan rumah di Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitenden Basri Sagoni berkata, hasil siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati, bayi lelaki yang dijumpai itu dalam keadaan cukup sifatnya dan baharu dilahirkan.

“Bayi ini dijumpai di dalam plastik yang diletak di hadapan rumah berkenaan. Jadi semakan pemilik rumah telah dibuat dan bayi tersebut kini dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan
kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Basri menyeru, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki berkenaan diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan dan membantu siasatan pihak polis.

Tambahnya, maklumat lain yang berkaitan jenayah juga boleh disalur ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berdekatan.

Leave a Reply