Zahid Hamidi Masih Presiden Yang Akan Tandatangan Perlantikan Calon PRU15

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Nampaknya sebaik sahaja Registrar of Society mengumumkan bahawa sudah tiada lagi masalah dengan urusan dokumentasi dan isu penangguhan pemilihan UMNO, maka satu perkara menjadi nyata, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi masih Presiden yangn sah Ketika UMNO menghadapi Pilihanraya ke 15 nanti.

PRU15 dijangka akan diadakan dalam sekitar tahun depan 2022 dan dengan ini , penentu kepada calon dan Kawasan serta kerusi untuk ditandingi masih lagi orang yang sama, iaitu DAZH.

Kenyataan pembersihan dari RoS yang dimaklumkan oleh Setiausaha parti UMNO Datuk Ahmad Mazlan beberapa hari lalu, sekaligus menggugurkan dakwaan ahli UMNO yang proBersatu bahawa Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO hanya bertaraf “Caretaker” sahaja demi mahu perlekehkan kepimpinan sendiri.

Namun kini semuanya sudah pun jelas dan terang bahawa pemimpin UMNO akan kekal “status quo”nya sehingga Pru15, itu pun jika diadakan pada tahun 2022.

Kini, apa yang perlu diperhatikan oleh ahli UMNO adalah, Tindakan dan tipu muslihat apakah yang akan digunapakai oleh pihak musuh parti UMNO yang akan pergunakan pemimpin dari kalangan UMNO sendiri untuk menukar kepimpinan.

Ini, setelah mengetahui cubaan Tun Mahathir untuk “disbanded” UMNO telah gagal Ketika mendesak Presiden UMNO untuk berbuat sedemikian.

Kemudian pihak Bersatu pergunakan jawatan Perdana Menteri untuk membeli jiwa pemimpin UMNO dan terlihat hampir berjaya atas sebab yang dipilih jadi Menteri telah terlebih “Bunga” dari pemimpin Bunga (Bersatu) sendiri.

Cubaan labelkan Presiden sebagai alat “Jajaran Baru” juga gagal atas sebab keputusan hala tuju dan Tindakan parti perlu kelulusan Majlis Kerja Tertingi UMNO dan bukan atas sebab Presiden sudah berbual dengan Anwar Ibrahim.

Maka , situasi terkini amat menarik, dimana Datuk Ismail Sabri memegang balang gula untuk mengumpan semut namun Ahmad Zahid memegang kunci masuk kedapur.

Ringkasnya, pada PRU15, jika diadakan sekitar tahun 2022, Ahmad Zahid adalah individu yang penting kerana memegang pena dan kertas menandatangan surat perlantikan.

Leave a Reply