Siapa Akan Bayar Kos Vaksin Tiap Tahun Selepas Vaksin Percuma?

Hebahkan !!!

 

Untuk makluman rakyat setiap tahun selepas vaksin yang disuntik cara percuma oleh kerajaan Malaysia dikatakan perlu mengambil lagi vaksin covid19 setiap tahun walau telah lengkap 2 dos suntikan.

Namun, kos suntikan vaksin yang perlu diambil masih menjadi tandatanya adakah ia ditanggung kerajaan atau raiyat sebagai penerima suntikan vaksin itu sendiri yang perlu keluar kosnya.

CEO Pfizer, Albert Boula meramalkan penerima vaksin covid perlu mendapatkan suntikan penggalak setiap tahun.

Di Malaysia pula vaksin dikatakan mencukupi untuk seluruh rakyat mendapat dua dos suntikan.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjelaskan, peruntukan RM5 bilion bagi vaksin COVID-19 adalah untuk perolehan 73.5 juta dos termasuk kos pelaksanaan program imunisasi berkenaan.

Dalam satu laporan oleh Hilary Brueck, koresponden di Insider, menyatakan ramai pakar yakin pandemik covid tidak akan berakhir sehingga 2023.

Tetapi apabila sudah mulai bertukar menjadi endemik, kehadiran virus covid tetap ada tetapi semakin lemah berikutan pengambilan vaksin penggalak.

Menteri dan Kerajaan perlu menjawap persoalan berkaitan dengan segera bagi membolehkan rakyat bersedia mental dan fizikal untuk mengambil suntikan pada masa hadapan.

Semua mata dan telinga rakyat mahu jawapan daripada Menteri Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi.

Leave a Reply