Ismail Sabri Perlu Segera Dakwa Pemimpin PH, Bersatu Dan Pejuang

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad.

Walaupun Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri telah mendapat sokongan penuh dari kedua pihak yakni UMNO dan Bersatu, keraguan dan kesangsian ahli UMNO bawahan terhadap Datuk Ismail Sabri tetap ada.

Tentu ada sebab Bersatu dan Tan Sri Mahiaddin suka kepada Ismail Sabri , kata ahli akar umbi.

Rata rata yang berbual dilaman sosial masih ada perasaan “prasangka” bahawa Datuk Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri yang sudah buat “deal” dengan pihak pemimpin Bersatu atas sebab itu mereka memilihnya untuk mengancam Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden.

Ada juga ramai ahli UMNO peringkat akar umbi sudah buat andaian Ismail Sabri adalah calon Presiden UMNO umpanan pihak musuh untuk menukar Presiden Ahmad Zahid supaya akan membuat keputusan UMNO yang sangat “favourable” kepada parti Besatu.

Umum sedia maklum, Parti Bersatu adalah parti kecil yang tidak ada ramai “network” diperingkat bawahan ataupun tidak cukup jentera diperingkat akar umbi.

Atas sebab ini, Bersatu sangat perlukan UMNO dan PAS untuk kerja kerja pilihanraya.

Selain itu, walaupun kecil saisnya, Bersatu bercita-cita besar mahu jumlah kerusi yang hampir sama banyak dengan UMNO yang ahlinya berjumlah hampir 3.1 juta orang.

Ini sangat tidak menyenangkan Presiden sedia ada lalu Presiden DAZH mengambil sikap berkeras dan enggan berkompomi.

Semenjak itu, Bersatu Bersama Tun Mahathir bermusuh dengan Ahmad Zahid yang teruk diserang atas sebab mereka mahu menukarkan kepada Presiden UMNO yang mesra Bersatu dan akur kepada Bersatu dan Tun Mahathir.

Ertikata mahukan Presiden “remote” yang lembik dan mesra Bersatu dan Tun Mahathir.

Maka, atas semua faktor diatas , amat wajarlah Datuk Ismail Sabri untuk membuktikan “beliau” bukanlah calon Presiden yang dipasang pihak luar sebagai andaian ahli bawahan.

Buktikan lah dengan melaksanakan sesuatu yang sangat dinanti oleh ahli UMNO akar umbi , iaitu menyeret beberapa pemimpin parti Bersatu, Pejuang dan Pakatan Harapan kemahkamah atas banyak kesalahan yang senang-senang di”bypass” dan digugurkan begitu sahaja.

Bukalah kes salah guna kuasa Tun Mahathir , Sri Ram dan Tommy Thomas.

Buka lah RCI Tabung Haji versi baru dan bukan versi cadangan  Perikatan Nasional yang hanya tumpu kepada laporan sahaja tetapi tiada tumpu kepada penjualan aset cara mega oleh pemimpin Pakatan Harapan , korek dari sudut harga dijual, pilihan aset yang hendak dijual, siapa pembeli dan siapa penentu harga dan pembeli dan siapa ambil komisyen dan dimasukkan keakaun mana.

Disitu banyak “hanky panky” yang boleh dijadikan kes.

Ismail Sabri mesti jadikan beberapa pemimpin Pakatan Harapan, Pejuang dan Bersatu sebagai orang kena tuduh atas sebab boleh digelar “Kluster Mahkamah” apabila berkempen bagi pru15 nanti.

Jangan hanya mereka sahaja yang seronok panggil pemimpin UMNO “Kluster Mahkamah” sedangkan mereka juga ada penyelewengan dan kesalahan yang belum dan tidak didakwa lagi.

Dengan buat begini , Datuk Ismail Sabri bakal menjadi hero ahli UMNO dan mungkin boleh calonkan diri sebagai Presiden UMNO atas sebab ada jasa kepada UMNO , dan bukan atas sebab jawatan PM yang diumpan oleh Bersatu.

Pendek kata, segera buka kes termasuk kenapa siasatan kes Zeti ada wang 1MDB di Singapura masih belum diumumkan.

Biar pada kempen pru15 mereka  dan jentera akan segan sebut “Kluster Mahkamah” atas sebab mereka pun ada kes.

Leave a Reply