Sampai 483 Tahun Dalang Projek Kerajaan Bakal Kena Hukum – Video

Hebahkan !!!

 

Dasyat betul jumlah hukumannya.

 

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket kartel penipuan projek-projek kerajaan berdepan penjara sehingga 483 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Adly Kamarudin, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 69 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Prosiding pembacaan pertuduhan itu mengambil masa lebih sejam bermula pukul 10.20 pagi dengan tertuduh kelihatan tenang.

Mengikut kesemua pertuduhan, Adly didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan orang pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen pelbagai projek dengan tujuan
menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Kesemua projek itu termasuk projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Felda serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Bentong, Pahang.

 

Leave a Reply