Taliban Rai Pengunduran Tentera Terakhir Amerika Dengan Menembak KeUdara.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Amerika dengan sahnya telah membawa pulang kesemua tenteranya yang sekian lama berkubu di Afghanistan.

Penarikan keluar kelompok tentera terakhir Amerika dari  Lapangan Terbang Kabul disambut dengan bunyi tembakan keudara oleh puak Taliban.

Tanpa lengah puak Taliban menyerbu masuk kedalam Lapaangan Terbang Kabul dengan sorakan kemenangan.

Sambil Amerika berundur para penganalisa mempersoalkan status Amerika sebagai “superpower”.

Dengan pengunduran keseluruhan tehtera Amerika bermakna puak kerajaan baru Taliban telah mewarisi sebuah negara yang hampir ranap pasarananya.

Selain itu kerajaan Taliban juga mewarisi negara yang tiada kewangan yang kukuh atau pendapatan negara yang mencukupi.

Taliban pernah memerintah Afghahistan pada tahun 1996 sehingga tahun 2001.

Ketika itu rakyatnya terseksa atas sebab Taliban mngamalkan cara Islam versi mereka.

Rakyat yang melarikan diri tidak yakin dengan ‘Taliban” dan bukan dengan”Islam” mereka takut kepada amalan “brutal justice system” yakni pengendali undang undang yang tidak adil,

Dalam tempoh pemerintahan yang singkat itu ramai kaum Wanita teranaya.

Pengunduran tentera Amerika adalah sejajar dengan “dateline” 31 haribulan Ogos yang diarah oleh Presiden Amerika Joe Biden.

Ini adalah perang paling lama dan paling mahal oleh Amerika melebihi perang Vietnam.

Jumah perbelanjaan membiyai perang ini adalah sekitar USD1 Trillion.

Ia mengorbankan hampir 2,400 anggota tentera Amerika.

Hampir sejumlah 123,000 rakyat Afghanistan telah berjaya dipindahkan melalui lapangan terbang Kabul apabila pejuang Taliban mula masuk kebandar Kabul pada 14 Ogos.

Kini rakyat Afghanistan akan mula menghadapi masalah baru dengan bakal wujud nya perang antara puak dan fraksi pula.

Nampaknya, penderitaan tanpa henti akan menimpa rakyat Afghaniatan sampai bila-bila.

Leave a Reply