Aishah Penyanyi Lagu “Janji Manis Mu” Positif Covid

Hebahkan !!!

Penyanyi Janji Manismu, Aishah, 56, mengesahkan dirinya positif Covid-19 petang Isnin (30 Ogos).

Aishah yang nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, keputusan diperoleh selepas menjalani ujian Covid-19.

“Selepas melakukan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, hanya saya seorang disahkan positif COVID-19.

“Doktor menyarankan saya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus, petang ini,” katanya kepada laman BH Online (Malaysia).

Penyanyi yang popular menerusi lagu Bahtera Merdeka dan Syurga Di Telapak Kaki Ibu itu memaklumkan, keadaan kesihatannya beransur stabil selepas menerima rawatan kecemasan.

Leave a Reply