Selesai angkat sumpah, Menteri terus mulakan tugas

Hebahkan !!!

SEBAIK selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddid tidak menunggu lama untuk memulakan tugas barunya.

Tidak sampai dua jam selepas istiadat di Istana Negara, petang tadi KJ dilihat memasuki bangunan KKM sekitar pukul 5.15 petang untuk menghadiri mesyuarat dengan pegawai kanan Kementerian, dipercayai berkenaan usaha menangani Covid-19.

Ketibaan beliau disambut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan warga kerja kementerian.

Khairy merupakan Ahli Parlimen Rembau dilihat berpakaian baju Melayu berwarna hitam seterusnya memasuki pejabatnya di aras 13 selepas mengimbas pas kerja.

Selain KJ turut melapor diri di KKM hari ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.

Terdahulu pada awal petang semua barisan 31 Jemaah Menteri serta 38 lagi timbalan menteri hadiri angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kesemua anggota kabinet seramai 69 orang dipilih menyertai barisan pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugas rasmi masing-masing hari imi.

 

Leave a Reply