Mungkin Ada Menteri Kanan Akan DiPecat Pada 8 Disember

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddinn Ahmad.

Hari ini adalah hari  mengangkat sumpah jawatan Menteri di Istana Negara.

Walaupun tanpa kehadhiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri atas sebab perlu menjalani kuarantin Covid, namun acara tetap diteruskan juga.

Maka jika dikira bermula pada hari ini dimana para Menteri sah memegang portfolio masing masing, lalu mereka haruslah bertanggung jawap atas tugasan yang diamanahkan kepada mereka.

Maka sekaligus 100 hari KPI yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob bermula hari ini dan hari keseratus nya ada lah 8 haribulan Disember.

Atas sebab tidak mahu dilabel sebagai kerajaan gagal 2.0 maka pasti ada Menteri Kanan yang bakal dipecat Oleh Ismail Sabri jika “performance” Menteri kanannya tidak memberansangkan pada 100 hari pertama.

Persoalannya, siapakah Menteri Kanan yang akan beliau pecat untuk menunjukkan beliau serius didalam mahu memperbaiki negara?

Jika tiada pemecatan dan sambil itu tiada perubahan pada negara setelah kerajaan baru Ismail Sabri ambil alih, Maka Ismail Sabri sendiri lah yang akan dianggap gagal.

Leave a Reply