Kluster Mahkamah Kelompok Baru Bakal Wujud Dari RCI Cadangan UMNO.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Jika Siasatan DiRaja (RCI) seperti yang dituntut oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Pemuda UMNO berjaya ditubuhkan, pasti sekali mereka yang dipanggil untuk siasatan mahkamah RCI juga akan digelar “Kluster Mahkamah RCI”.

Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat cuba dielak oleh sesiapa pun dizaman politik persepsi.

Tidak dapat dibayangkan jika Tun Mahathir , sebagai contoh dipanggil untuk menjawap hal campur tangannya didalam hal-hal penghakiman dan perundangan.

Belum pun kes RCI dibuka berkenaan dakwaan Tommy Thomas terhadap campurtangan pihak tertentu didalam hal babitkan kes kes Datuk Seri Najib dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, sudah pun terdedah hal campur tangan Sri Ram dan Tun Mahathir sibuk mahu pergunakan Bekas Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali untuk kerja kerja menangkap Datuk Seri Najib.

Ini bermakna , kes 1mdb belum disiasat , belum dibuka dan belum pun dibicara sudah memang mahu Datuk Seri Najib ditangkap “by all means” dan “at all cost, by hook or by crook”.atas sebab telah berjaya mendoktrin minda rakyat Najib memang bersalah.

Tapi bila kes berlansung, terdapat lebih banyak persoalan dari jawapan bagi sesiapa yang ikut perbicaraan nya.

RCI jika ditubuhkan boleh mendedahkan siapa siapa pegawai tinggi kerajaan yang membantu kerja konspirasi , atau pun diugut untuk membantu jika tidak mahu pencen mereka terganggu.

Amat wajar saranan untuk dibuka kes kes RCI kerana hanya kes bertaraf RCI sahaja pihak yang bijak guna pintu belakang tidak dapat “ugut” ,”umpan” atau “sogok” panel hakim yang telah dipilih ataupun saksi yang dipanggil beri keterangan.

Bukti awal ada campur tangan seperti dakwaan Tommy Thomas adalah apabila beberapa Ahli Parlimen dari parti Bersatu tidak didakwa bersama pemimpin UMNO walaupun dapat wang 1MDB dari kolam yang sama.

Ini bukti yang terlalu kuat dan kukuh sememang ada campurtangan agar mereka tidak didakwa atas sebab sudah melompat dan kerusi mereka sebagai Ahli Parlimen sangat diperlukan.

Apapun, memang elok dan sangat kena waktunya untuk ujudkan RCI supaya rakyat tahu dan sedar bahawa kes boleh direka dan digugur atau ditutup ikut sesuka hati oleh orang yang ada pengaruh dalam agensi tertentu.

Sambil itu rakyat boleh lihat kluster mahkamah dari kalangan Pakatan Harapan , Bersatu dan Pejuwang pula.

Ini belum lagi RCI berkenaan Tabung Haji dan penjualan aset milik orang Islam, ini baru permulaan sahaja, itu pun sudah gelabah sakan.

Leave a Reply