Kajian dakwa Malaysia paling teruk didiami semasa Covid-19

Hebahkan !!!

SATU kajian baharu menunjukkan bahawa Malaysia antara negara yang paling teruk di dunia untuk didiami sewaktu penularan varian Delta pada ketika ini, lapor laman berita Bloomberg, baru-baru ini.

Berdasarkan kajian bulanan dijalankan oleh Bloomberg, Malaysia berada di tangga tercorot dalam kalangan 53 negara membangun di bawah Thailand, Indonesia dan Filipina.

Kajian itu dinilai berdasarkan kualiti rawatan kesihatan, liputan program vaksinasi kebangsaan, kematian keseluruhan dan juga kadar pembukaan semula sektor ekonomi.

Sejak Malaysia memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) awal tahun ini, hanya separuh daripada 33 juta populasi rakyatnya yang mendapat vaksinasi penuh.

Walaupun angka itu meliputi hampir separuh populasi penduduk dan terdapat beberapa rancangan kelonggaran kepada mereka yang lengkap pelalian, catatan kes baharu seperti tidak selari dengan sasaran utama PICK bagi menurunkan jumlah jangkitan.

Jumlah purata 100,000 kes baharu yang dilaporkan di Malaysia sejak sebulan lalu, merupakan antara yang tertinggi di dunia.

Negara ini mendapat 67 mata iaitu tahap yang memuaskan untuk liputan penjagaan kesihatan masih dipercayai dan berkesan dalam memastikan keselamatan rakyat.

Bagaimanapun, Malaysia menerima 81 mata bagi undian yang menyatakan kebimbangan rakyat bahawa perintah berkurung yang kembali diperketatkan sejak beberapa bulan lepas tidak membuahkan hasil positif. – Agensi

Kosmo Online

Leave a Reply