Caprice Jangka Hishammuddin Hussein Bakal PM Ke-9

Hebahkan !!!

Penyanyi rap, Caprice menerusi Instagram miliknya ada menyatakan sokongan kepada Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah, Ariz Ramli,33, ini juga turut memilih Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang layak diangkat bagi menggalas tanggungjawab untuk memimpin negara.

Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya. Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini. Kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri.

Leave a Reply