Tiap Hari 20 Pasangan Bercerai Di Perak

Hebahkan !!!

Tiap Hari 20 Pasangan Bercerai Di Perak

Setiap hari ada sahaja perceraian suami isteri terjadi di Perak.

Hal ini dimaklumkan kepada sidang dewan negeri Perak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi , Datuk Asmuni Awi.

Antara sebabnya , kata Datuk Asmuni kerana pandemik Covid 19.

Jumlah kes penceraian ini dikira sangat tinggi.

Statistik dari Judiciary Syariah Malaysia melaporkan sejumlah 71,806 kes penceraian telah direkodkan diseluruh negara dikira dari bulan Januari 2020 hingga bulan Jun 2021.

Purata kes lebih kurang 132 kes setiap hari, Kata Datuk Asmuni.

Jika seluruh jumlah ini didarabkan ikut negeri , Perak menyumbang 12% dari keseluruhan jumlah penceraian.

Ini bermakna 20 pasangan bercerai setiap hari atau 450 sebulan.

Masalah kewangan adalah salah satu faktor kepada penceraian ini.

Pandemik Covid 19 juga menjadi sebab utama.

Kajian tentang jangkamasa agak lama waktu PKP telah mendapati ia membawa tekanan kepada rakyat lalu punca pendapatan berkurang , simpanan susut dan kuasa membeli bekurangan.

Selain itu kehilangan pekerjaan dan punca pencarian juga menjadi sebab kata Datuk Asmuni.

 

Leave a Reply