Kenyataan Pertama Presiden UMNO Selepas Keluar Wad.

Hebahkan !!!

 

Kenyataan ini kami petik dari laman Fb Datuk Sei Ahmad Zahid Hamidi.-

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan media sosial.

Semoga semua sihat walafiat dan dalam perlindungan Yang Maha Esa.

Ramai tertanya-tanya apakah sikap dan pendekatan Presiden UMNO selepas ini?

Sikap dan pendekatan terhadap isu-isu kepentingan rakyat dan negara selepas kerajaan bertukar?

Jawapannya tiada apa yang akan berubah. Tiada apa yang akan berkurangan.

Kepentingan rakyat dan negara tetap jadi keutamaan walau dalam apa jua keadaan.

Terus memantau, memberi pandangan dan nasihat, idea, cadangan serta teguran yang sewajarnya.

Tujuannya dengan hasrat membantu kerajaan baharu membendung penularan wabak Covid-19.

Serta memacu kembali ekonomi negara yang terkesan teruk sejak beberapa tahun lalu.

Begitu juga tentang kebajikan rakyat yang wajib diberi perhatian serius.

Lagipun ini selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak bekerjasama memulihkan negara.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga telah menetapkan panduan untuk kerajaan baharu.

Kita menaruh kepercayaan tinggi kerajaan baharu dibawah Perdana Menteri baharu bersikap terbuka.

InsyaAllah UMNO dan Presidennya tetap bersama rakyat demi Raja demi Negara.

#kerajaanbaharu
#umnobersamarakyat

 

Leave a Reply