Dakwa Tommy Tak Masuk Akal, Kata Bersatu , Dakwa Najib & Zahid Baru Masuk Akal

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad


Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas mesyuarat baru-baru ini menetapkan dan mendesak bekas Peguam Negara Tommy Thomas diseret kemuka pengadilan melalui Siasatan Diraja (RCI).

Ini atas sebab pengakuannya berkenaan campur tangan pihak tertentu didalam pelbagai hal rasmi kerajaan.

Kebanyakkan dari dakwaan yang dibangkit oleh bekas Peguam Negara itu adalah melalui tulisan dalam buku nya.

Atas sebab perakuan dibuat dalam bentuk bertulis ‘Black and white” maka ia sepatutnya perlukan siasatan.

Namun , biro undang-undang (Legal) Pemuda Bersatu melalui kenyataan Mohamad Siddiq Azani pula menempelak desakan MKT UMNO untuk mendakwa Tommy Thomas .

Konon desakan MKT UMNO mahu Tommy Thomas diseret kemahkamah itu memberi gambaran dan persepsi kononnya kes-kes membabitkan mantan Presiden UMNO Datuk Seri Najib dan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahidi adalah terhasil dari campurtangan politik.

“Ini tidak masuk akal” kata Mohamad Siddiq.


Itulah kedudukan yang cuba disampaikan oleh Mohamad Siddiq.

Mohamad Siddiq berandaian bahawa kes-kes babit pemimpin UMNO adalah “real” dan memang ujud tanpa dicipta dan direka oleh individu tertentu.

Namun, lupakah Mohamad Siddiq bahawa ada kes mirip sama tidak didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan?

Masuk akalkah bila Datuk Sharir Samad dan Datuk Ahmad Mazlan didakwa tapi Mas Emiryati dan Datuk Mustapha Mohamad tidak didakwa?

Masuk akalkah bila wang masuk kedalam akaun Mantan Perdana Menteri DSNR didakwa tapi wang TIA/1MDB masuk kedalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara sebanyak RM100 juta tidak didakwa?

Masuk akalkah hanya menggunakan tilam sebagai bukti pun sudah memadai membuka kes liwat Anwar Ibrahim , tapi lengkap CCTV Hotel dilobi, didalam lift dan didalam bilik tidak dapat mendakwa seorang pen”semburit’?

Selain wajah didalam video, masih lagi ada bukti lain seperti  pengakuan “pasangan ”,  “waktu” dan juga bukti “berada dilokasi”.

Tapi itu lah dia pengadilan diaksanakan oleh mereka yang mendakwa pemimpin UMNO Ketika menjadi kerajaan.

Lebih parah lagi, masuk akalkah pengugguran 15 kes pemimpin Pakatan Harapan Ketika mereka berkuasa dua puluh dua bulan?

Usahlah hendak berakal hanya sebab yang hendak didakwa itu “individu” bukan ahli UMNO, tapi perasan berakal jika yang didakwa itu pemimpin UMNO.

Hentikanlah hidup dialam persepsi , hiduplah dialam realiti.

Seorang pemimpin UMNO dari Terengganu Datuk Mat Said ada berkata “ Jika ada degree, ada PHD , tapi sokong PH , ia umpama ada PHD kebodohan”.

Sangat tepat andaian beliau.

Leave a Reply