Ahli politik Malaysia jadi ‘tali barut’ negara asing?

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik di negara ini didakwa menerima bantuan dan juga sokongan moral daripada individu dan juga organisasi luar negara terutamanya Amerika Syarikat (AS).

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail berkata, beliau ketika masih berkhidmat ada menerima laporan perisikan tentang perhubungan antara ahli politik dengan pihak asing itu.

Bantuan yang diterima oleh ahli politik adalah dalam bentuk wang tunai dan juga aset fizikal, kata beliau dalam temubual dengan akhbar Mingguan Malaysia.

Mohd Salleh berkata, maklumat yang diterima menunjukkan ahli politik berkenaan merupakan mereka yang disenangi untuk mengekalkan pegangan mereka dalam kerajaan dan mempunyai pengaruh kuat dalam politik.

Beliau berkata, kedua-dua pihak yang terlibat juga kerap mengadakan pertemuan di luar negara.

Beliau menambah, Kementerian Pertahanan mempunyai maklumat terperinci tentang ahli politik dan juga tarikh serta pertemuan yang diadakan itu.

– BebasNews

Leave a Reply