KKM kendali semua program vaksinasi, rangka strategi kesihatan melalui KJ

Hebahkan !!!

HANYA Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja dipertanggungjawab untuk mengendalikan strategi kesihatan Covid-19 dan program berkaitan vaksinasi melalui Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Dalam pada itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di bawah menteri baharu, Datuk Seri Adham Baba hanya akan menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan vaksin Covid-19.

“Jadi dengan cara ini, apajua perbezaan pandangan dan konflik pelbagai pihak akan dapat diatasi dalam usaha menangani pandemik Covid-19 sebagai keutamaan buat masa ini,” katanya kepada media selepas menyaksikan Eksesais Para Predator Siri 1/2021 Ogos, di Kampung Batu Bor, Bera pada Sabtu.

Tambah Perdana Menteri, tumpuan MOSTI dalam usaha untuk menghasilkan vaksin Covid-19 adalah perlu agar negara tidak hanya bergantung kepada bekalan dari luar.

Sumber: Bebasnews.my

Leave a Reply