MKT UMNO Mahu RCI Siasat Tommy Thomas Dengan Segera

Hebahkan !!!

 

Oleh :Sirajuddin Ahmad

Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan.

Perkara itu antara beberapa panduan utama dibincang dan dipersetujui bersama pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden Umno.

Hal ini perlu dilakukan atas sebab ia boleh  membersihkan istitusi perundangan negara yang sudah sangat  tercemar dengan pendakwaan terpilih dan berat sebelah.

Tommy Thomas juga ada membuat beberapa pendedahan dalam buku yang di tulis olehnya berkenaan banyak perkara yang perlukan siasatan.

Namun, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak ambil peduli dan tidak menyiasat.

Umum pasti sudah tahu juga berkenaan kisah campurtangan antara Sri Ram dan Tun Mahathir seperti perakuan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali.

Pada peristiwa itu , jelas Tun Mahathir mahu  Datuk Seri Najib didakwa dan ditangkap bagai dikatakan oleh Tab Sri Appandi kepada media.

Belum pun disiasat dan diadili pun Tun Mahathir sudah memberi arahan sedemikian rupa.

Sri Ram juga turut memberitahu Tan Sri Appandi persiapan semua telah siap diatur untuk hal ini termasuk Polis sudah bersedia menunggu arahan.

Sri Ram pada awalnya mahu menafikan tetapi Tan Sri Appandi Ali memberitahu disekitar kediamannya ada rakaman CCTV dan juga audio sebagai bukti.

Kemudian apa yang terjadi terus sunyi seperti mana mana kes yang membabitkan Tun Mahathir.

Pembaca boleh juga lihat kepada kes bekas Gabenor Zeti Akter Aziz , ramai percaya ia sengaja dilambatkan atas sebab membabitkan watak watak yang selama ini digambarkan sebagai suci murni.

Kes wang masuk kedalam akaun suami Zeti di Singapura skitar tahunn 2008 dan 2009 seperti didedahkan oleh Polis Singapura masih tidak diketahui taraf siasatan nya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Asyraf wajidi juga pernah membuat desakan mahu ia segera dibuka selain kes penjualan aset Tabung Haji.

UMNO sememangnya perlu mendesak kes kes ini atas sebab rakyat perlu tahu bahawa ada penyamun dan perompak yang sebenar yang belum pernah terdedah.

Pada mesyuarat malam tadi, UMNO  membuat ketetapan lain seperti memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan juga konsep “Keluarga Malaysia”:nya.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply