Kluster Mahkamah Tak Minta Kes Digugurkan , Hanya Mahu Perbicaraan Adil – Shahrir Samad

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Kenyataan berulang kali Tun Mahathir baru-baru ini nampak jelas kerisaunnya terhadap kes-kes Kluster mahkamah jika tidak seperti yang dia mahukan.

Tun Mahathir yang mahu minda rakyat ditanamkan dengan naratif mereka-mereka semua sudah bersalah dan hanya menunggu untuk dihukum sahaja.

Begitulah cara Tun Mahathir “pre-empt” kes-kes ini.

Dengan berulangkali membuat kenyataan seolah-olah OKT kena tuduh sudah bersalah dan memang bersalah Tun Mahathir secara tidak lansung mahu memberi mesej kepada sesiapa yang mengurus kes supaya terpengaruh dengan kenyataan ini.

Konon konon mereka mereka ini penyamun perompak dan perasuah , tapi Tun Mahathir sendiri tidak berani menjadi saksi kepada kes-kes yang babit Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama dua puluh dua bulan , sebanyak 15 kes membabitkan ahli-ahli parti sekutu nya digugurkan.

Lebih parah, kes membabitkan kroni Tun Mahathir seperti kes bekas Gabenor Bank Negara yang didapati masukkan wang  RM100 juta kedalam akaun peribadi suaminya di Singapura  tidak pula Tun Mahathir minat untuk ambil tahu dan membuka kesnya.

Kami difaham kan kes sudah disiasat oleh Polis , namun sejauh mana perkembangan masih belum dibuat sidang media lagi.

Memang sukar untuk “kawtim” kes ini atas sebab Polis Singapura sudah sahkannya lebih awal.

Apa yang mampu dibuat adalah “delay”kan sahaja.

Dalam perkembangan terbaru, Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, menyatakan , kluster yang digelar ‘Kluster mahkamah”  tidak pernah meminta kes mereka digugurkan atau dicampurtangan seperti kes-kes babitkan ahli-ahli Pakatan Harapan.

Shahrir hanya mahu berlaku adil, bukan sahaja 78 individu dan entiti yang menerima notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)perlu dibicarakan.

“Tetapi juga Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Mas Ermiryati,” katanya.

Shahrir persoal kesnya dan juga Datuk Ahmad Mazlan ada lah sama dengan kedua “katak” lompat Bersatu tetapi kenapa tidak didakwa?

Begitulah keadaan yang terjadi dalam negara kita.

Terlalu jelas kes-kes nampak seolah-oleh Tindakan politik dan bukan atas nama keadilan.

Lihat sahaja kes “Semburit” yang babitkan Azmin Ali.

Ia terjadi ketika Tun Mahathir memerlukan Azmin Ali untuk meraih sokongan ahli PKR demi melemahkan Anwar Ibrahim.

Atas sebab ini semua, sistem judiciary dan undang-undang negara kita diragui oleh negara luar dan pelabur.

 

 

Leave a Reply