Kos Perang Amerika Di Afghanistan Cecah $2.3 Trillion.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

 

Menurut laporan dari Universiti Brown , sepanjang kempen peperangan Amerika di Afghanistan semenjak mula pencerebohannya pada tahun 2001, telah menelan belanja sehingga mencecah USD 2.3 Trillion.

Jumlah dikira termasuk untuk kempen peperangan di Pakistan juga atas sebab ianya “inter-related” dan lintas sempadan.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan dipecah kepada lima kategori.

Bahagian terbesar kos adalah peruntukan untuk Jabatan Pertahanan Amerika , dimana ia menelan belanja lebih USD 1 Trillion.

Jabatan Negara Amerika (State Department) pula membe;anjakan peruntukan sebanyak USD60 billion, dan PENTAGON pula menghabiskan sejumlah USD433 billion.

Bayaran interest untuk pinjaman bajet peperangan pula sekitar USD532 billion dan perbelanjaan untuk penjagaan dan kebajikannveteren perang yang terbabit adalah  USD233 billion.

Setelah berbelanja sekian banyak akhirnya Washington dibawah Presidensi Joe Biden membuat keputusan untuk mengundurkan tentera Amerika dari Afghanistan.

Kempen ini dianggap sia-sia kerana akhirnya Puak Taliban tetap dapat menguasai negara Afghanistan dan kini hampir menawan bandar utama Kabul secara total.

Dibawah ini kami pamirkan grapik  tentang perbelanjaan Amerika semenjak tahun 2001.

Leave a Reply