Tujuh Puluh Tiga Terbunuh Termasuk Tiga Belas Tentera Amerika Di Lapangan Terbang Kabul.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Letupan bom dilapangan terbang Kabul, Afghanistan semalam telah mengakibatkan sejumlah tujuh puluh tiga kematian termasuk tiga belas darinya adalah tentera Amerika.

Dua letupan kuat yang mengegarkan diluar lapangan terbang  Kabul terus menganggu operasi menerbangkan ribuan warga Afghanistan yang mahu melarikan diri dari kerjaan Taliban.

Laporan awal menyatakan ia hasil tindakan dua pengebom berani mati.

Dilaporkan enam puluh yang terbunuh adalah warga Afghanistan sendiri dan selebih nya tentera Amerika.

Ini adalah kasualti terbesar tentera Amerika iaitu enam puluh anggota dimana sebelum ini kasualti terbesar adalah tiga puluh anggota dalam tembakan helicopter di Afghanistan.

Presiden Amerika Joe Biden menyatakan Amerika tidak akan berdiam diri dan bertekad membalas kejadian dengan mengarahkan PENTAGON untuk merancang pembalasan terhadap pihak terbabit yang dipercayai kumpulan Islamic State Jihadis.

Leave a Reply