Kenapa Ben Amir Yang Ensem Masih Single?

Hebahkan !!!

Artis kacak Ben Amir yang sasa masih lagi belum berpunya.

Bila ditanya kenapa? Ini jawapannya.

Ben Amir belum jumpa wanita itu.

 

KUALA LUMPUR : Pelakon kacak, Ben Amir atau Muhammad Amir Sabaruddin, 31,mengaku dia masih belum bertemu dengan wanita yang memiliki ciri idamannya atau mana-mana wanita yang boleh dianggap sebagai teman yang tepat.

Menurut Ben, walaupun sedar dirinya sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon dan selebriti jelita, Daiyan Trisha sebelum ini, dia bagaimanapun terpaksa memperbetulkan tanggapan salah kononnya mereka adalah pasangan kekasih.

“Tak adalah, saya dengan Daiyan cuma berkawan sahaja. Tak ada apa pun,”katanya ringkas dalam satu sesi sidang media secara virtual bagi mempromosikan drama Diva Popular terbitan Rumah Karya Citra untuk tayangan di Awesome TV.

Menurut Ben, dia sedar ramai yang bertanyakan dirinya mengenai soal jodoh mahupun calon isteri namun tetap satu jawapan yang sama akan diberikan olehnya.

“Kalau jumpa seorang wanita yang boleh membuatkan saya mampu ketepikan ego, ketepikan pandangan sendiri, atau yang boleh membuatkan saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu.

“Tapi setakat ini apa yang boleh dikatakan, saya belum jumpa lagi wanita itu,”katanya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia terbuka hati seandainya bertemu jodoh dengan teman seindustri, Ben tidak dapat memberikan jawapan yang solid.

“Tak tahulah, tak terfikir pula. Mana-mana yang ditakdirkan Tuhanlah mudah cerita,”katanya.

Ben yang mencipta populariti menerusi drama Sweet Dreams ini sebelum ini didakwa menjalin hubungan cinta dengan Daiyan Trisha.

Bagaimanapun, penyandang trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Ke-33 ini kerap kali menafikan perkara tersebut.

Selain Daiyan, terdahulu, Ben juga pernah terpalit dengan gosip cinta mengaitkan pelakon Uqasha Senrose dengannya.

 

Sumber : Utusan.com.my

Leave a Reply