Datuk Johari Ghani Tidak Teruja, Tanya Mana Azalina Dan Tok Mat?

Hebahkan !!!

Baru sahaja selesai acara mengumumkan nama nama barisan kabinet untuk menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Ada yang gembira, ada juga yang tidak gembira atau pun tidak berpuasa hati.

Bagi bekas Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani pula, jelas beliau agak musykil kerana nama nama yang beliau harapkan diselitkan kedalam barisan kabinet Datuk Seri Ismail Sabri tidak menjadi kenyataan.

Nama nama itu ialah bekas Timbalan Speaker Datuk Azalina Othman dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Selain Ismail Sabri tidak “bipartisan” ujar Johari, nama nama yang membawa wajah segar kedalam kabinet seperti dua nama yang disebut juga  tidak dimasukkan kedalam kabinet.

 

Sebagai bekas Menteri Kewangan, Datuk Johari menegaskan isu ekonomi mesti ditangani segera dengan ambil sikap serius dan “urgency”.

Ismail  Sabri tidak boleh berbulan madu kerana pilihanraya ke Lima belas sudah terlalu hampir.

Pengangguran telah meningkat dari 4.5% kepada 4.8% dan hampir 700,000 orang dilaporkan menganggur ujar Johari.

Bebalik kepada topik diatas , Datuk Johari Ghani agak pelik atas sebab kedua nama yang boleh memperbaiki kerajaan Ismail Sabri tidak dilantik.

“Rakyat bukan mahukan seorang Perdana Menteri yang boleh membaca doa disiaran lansung di Tv , tapi mahu Perdana Menteri yang boleh membantu mereka” ujar Datuk Johari.

 

Leave a Reply