Israel Rancang Serang Iran Dalam Masa Terdekat

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Menukar Perdana Menteri tidak bermakna Israel menukar polisi terhadap musuhnya.

Setelah Benyamin Netanyahu @ Bibi ,diganti oleh Naftali Bennet dasar Negara Israel tetap sama juga, ia dasar yang kekal tidak kira siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Israel.

Dilaporkan Perdana Menteri Israel yang baru iaitu Naftali Bennet sedang membuat lawatan ke Washington DC untuk bertemu dengan Presiden Baru Amerika Joe Biden.

Ini adalah lawatan diplomatik pertama keluar negara oleh Perdana Menteri Israel itu.

Agenda utama yang akan dibincangkan adalah berkenaan operasi Israel untuk menyerang Iran.

Israel PM Naftali Bennett arrives in Washington, will meet with Biden on Iran

Israel Defence Forces (IDF) dipercayai sedang membuat rancangan menyerang Iran dan memerlukan bantuan dari sekutu nya Amerika.

Menurut Ketua Tentera Israel, Aviv Kohavi, Israel sedang percepatkan “operational plan” menyerang Iran dan bajet untuk operasi itu telah pun diluluskan.

Terdapat beberapa sebab Israel mahu menyerang Iran, selain sebab Iran membantu Hezbollah dengan bekalan senjata seperti misil, loji nuclear Iran juga merunsingkan Israel dan menganggap ia satu ancaman kepada kesejahteraan negara Israel.

Israel bertindak atas dasar ‘Pre-empt” untuk menyekat kemajuan Iran dalam memproses meningkatkan penghasilan uranium untuk bahan tenaga nuklear yang Israel percaya sudah mencecah 60% kemajuan.

Apapun Iran sudah mengetahui akan rencana Israel-Amerika untuk menyerang negaranya.

Apa yang tidak diketahui adalah “bila” Israel akan “strike” loji nuklear Iran.

 

.

.

 

 

 

Leave a Reply