Siapa ‘Kingmaker” Yang Sebenar?

Hebahkan !!!

Siapa ‘Kingmaker” Yang Sebenar?

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

Sebaik sahaja kerajaan baru berjaya ditubuhkan dibawah kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri, maka semua mereka yang terbabit didalam proses mengganti kerajaan sebelum ini telah mendabik dada menyatakan mereka sebenarnya yang memainkan peranan besar untuk menukar kerajaan.

Atas sebab itu masing-masing mahu saham dan habuan kerana ada peranan didalam proses penukaran kerajaan.

Menurut pandangan terbaru Tun Mahathir , tiada parti akan monopoli kerajaan mulai hari ini dan juga dimasa hadapan atas sebab terlalu banyak parti berpecah-pecah lalu masing-masing terpaksa berkompromi antara satu sama lain membuat deal “give and take” untuk menubuhkan kerajaan.

Baru-baru ini , Malaysian Indian Congress (MIC) juga ada berkata parti MIC juga boleh menjadi Kingmaker.

Menurut Presiden MIC, SA Vigneswaran , MIC akan muncul menjadi Kingmaker pada pru15.

Dari sudut teknikal sememang ada kebenaran, ini kerana jika semua parti politik telah berpecah dan menjadi terlalu banyak jumlahnya, maka pasti tiada parti yang akan dominan lagi.

Sudah berpecah menjadi banyak, mereka pula berpihak kepada kumpulan berbeza yang tiada ikatan undang-undang selain jalinan suka sama suka sahaja.

Parti PEJUANG sebagai contoh yang enggan mengikat dirinya kepada pihakkerajaan atau pembangkang.

Ini adalah sebab mahu ambil kesempatan untuk melompat kepada pihak yang ada beri habuan atau ganjaran jika kedudukan antara dua pihak Pakatan Harapan atau Barisan Nasional menjadi hampir sama banyak jumlah kerusinya.

Baru-baru ini juga , pihak dari UMNO Kluster “selective presecution” atau digelar Kluster Mahkamah hanya ada 14 kerusi sahaja, tapi mampu membubarkan kumpulan yang ada 110 kerusi.

Ini menunjukkan beberapa jumlah kerusi yang adapun tidak akan selamat jika mereka masih terpaksa bergantung kepada kerusi pihak lain waima hanya satu kerusi.

Maka, sebenar nya tiada pihak atau siapa pun boleh menggelar dirinya atau pihaknya sebagai ‘Kingmaker”.

Dalam situasi politik baru dan terkini di Malaysia, dengan bertambah banyak nya parti baru ujud, seperti parti PUTRA, MUDA dan PEJUANG, yang menjadi Ahli Parlimen Bebas (Independent) pun boleh menjadi “Kingmaker”.

Itulah yang sebenarnya.

Leave a Reply