Maksud “Keluarga Malaysia” DiPerjelaskan Oleh Pejabat Perdana Menteri

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Jika Datok Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke Enam dengan falsafah Satu Malaysia nya, maka Perdana Menteri baru Datuk Seri Ismail Sabri juga ada konsep dan falsafah nya tersendiri.

Semalam Perdana Menteri menjemput pemimpin parti Pembangkang berjumpa dengannya bagi membuat kerjasama memberbaiki negara.

Mungkin itu juga boleh diterjemahkan sebagai satu iniatif “:Keluarga Malaysia”.

Apapun pegawai dipejabat Perdana Menteri ada menghuraikan sedikit maksud

‘Keluarga Malaysia’ seperti dibawah ini-

 

KELUARGA MALAYSIA .

Membawa satu falasafah KEBERSAMAAN (togetherness) Hidup di sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi dan Merdeka seperti Malaysia.

Ini bukan Satu Jajaran Politik Baru tetapi satu komitmen semua pihak,
Untuk bersama memerangi isu Rakyat yang berhadapan dengan Pandemik Covid serta kemelut Ekonomi.

Ini selaras dengan menjunjung Titah YDP Agong agar pemimpin-pemimpin politik duduk bersama menyelesaikan permasalahan Rakyat yang dihimpit dengan kesusahan di kala berhadapan dengan Pandemik ini.

PM DS Ismail Sabri, kota apa yang beliau ucapkan sebelum ini. Walk the talk.

DATO’ SYED FAZMI.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Leave a Reply