Ismail Sabri Perlu Wujudkan ‘Kabinet Kompak’

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Amat benar sesiapa pun menjadi Perdana Menteri pasti akan menerima tekanan dari pelbagai pihak dengam bermacam jenis permintaan.

Perdana Menteri baru dilantik Datuk Seri Ismail Sabri (DSIS) juga tidak terlepas dari berdepan situasi sebegimi.

Atas sebab perlantikan jawatan Perdana Menteri perlukan sokongan, maka pihak menyokong pasti menyenaraikan tuntutan sebagai timbal balas untuk mereka terus
memberi sokongan, jika tidak baik sahaja mereka menyokong pihak lain.

Namun, keadaan dan situasi negara ketika ini tidak boleh lagi disamakan dengan keadaan sebelumnya.

Jika sebelum ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin (TSMY) di bawah Perikatan Nasional memiliki saiz kabinet yang besar dan berskala mega, kali ini di bawah pemerintahan Ismail Sabri , ia perlu diubah dan ditukar.

Di bawah kepimpinan TSMY sudahlah kabinetnya ramai dan besar, ditambah pula dengan perlantikan penasihat bertaraf Menteri Faizal Azumu di penghujung 17 bulan pemerintahannya.

Ini membuat rakyat tidak berpuas hati kerana wang rakyat dibazirkan untuk membayar gaji jawatan tidak diperlukan.

Maka, sebelum DSIS membuat kesilapan sama yang telah dilakukan oleh TSMY, disarankan supaya kerajaan baru di bawah pimpinannya hanya mengujudkan ‘kabinet kompak” atau “mini kabinet” dengan tahap kebolehfungsian yang proaktif.

Biar saiz kecil dan sedikit bilangan jemaah menterinya, tetapi berkesan.

Khabarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak diperlukan waktu ini.

Dengan cara pembentukan kabinet seperti ini, rakyat tidak lihat wujud pembaziran dan jawatan “over lapping”.

Selain itu, jika perlu menangani isu yang komplek atau sukar, kerajaan boleh “engage” pakar atau “expert’ seperti cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara.

Kesilapan kerajaan Pakatan Harapan yang wujudkan “oversize” kabinet telah pun mengundang kebencian dan kemarahan rakyat atas sebab, sudahlah ramai dan bergaji besar, tetapi para Menterinya dikatakan merapu dan tiada hala tuju hinggakan rakyat tidak tahu apa fungsi sebenar mereka sewaktu negara dilanda wabak Covid-19 dan ekonomi merudum.

DSIS harus tegas berhadapan dengan pemegang saham kerajaannya dalam erti kata lain melawan kehendak mereka untuk meletak orang ini dan itu di kementerian tertentu.

Ini bukan waktunya untuk amal perkara norma di dalam situasi tidak normal.

Amalan kabinet bersaiz biasa mungkin boleh diwujudkan selepas PRU15 atau selesai pandemik Covid-19.

Buat masa ini, biarlah kabinet bersaiz kecil atau kabinet kompak yang terbaik.

 

 

 

 

Leave a Reply