Hannah Yeoh Mahu Azalina DiLantik Menteri KDN

Hebahkan !!!

MP Segambut Hannah Yeoh mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri melantik YB Pangerang Datuk Seri Azalina Othman sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN).

Antara sebab diberikan oleh Yeoh adalah sudah tiba masanya wanita diberi peranan yang lebih besar untuk mengalas tugas mencabar.

Ahli Parlimen dari DAP itu berkata demikian selepas Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Speaker.

Kami juga berpendapat Azalina yang memiliki sikap tegas dan ‘No Nonsense” amat sesuai dengan jawatan yang disaran oleh Yeoh.

Apapun juga keputusannya ia terpulang kepada Datuk Seri Ismail Sabri untuk menentukannya yang ketika ini sedang menerima beragam tekanan dari pelbagai pihak yang mahukan wakil masing masing dilantik ke jawatan tertentu.

Pagi ini, Perdana Menteri dilapor akan dijadualkan mengadap Yang DiPertuan Agong.

Leave a Reply