“Undi Percaya Jika Diadakan Waktu Ini Boleh Hancurkan Imej Negara”-Mahathir

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Sesi parlimen yang dijadual akan bermula pada Enam haribulan September ini dijangka menjadi sesi Parlimen yang terhangat dalam sejarah semenjak pembentukan negara.

Sesi ini bakal menjadi signifikan atas beberapa sebab , salah satunya adalah negara kita baru sahaja menyaksikan perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke Tiga dalam satu penggal pilihanraya.

Selain itu, negara juga telah menukar tiga kerajaan dalam satu penggal pilihanraya , dan sesi parlimen yang akan bermula beberapa hari lagi adalah dipimpin oleh Perdana Menteri ke Tiga didalam satu penggal.

Tidak terhenti disitu, permulaan sesi Parlimen kali ini, juga akan dimulakan dengan perkiraan penjumlahan undi sokongan sekali lagi melalui usul ‘Undi Percaya” terhadap Perdana Menteri ke Sembilan.

Untuk makluman, pemilihan Perdana Menteri melalui penjumlahan SD adalah yang kali kedua kerana Perdana Menteri sebelum ini juga dilantik melalui proses yang sama.

Undi perlu dilakukan atas nasihat Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ketika menyampaikan titah kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri sejurus perlantikan nya.

Melalui undi ini, macam-macam perkara boleh terjadi terutama nya jika Perdana Menteri tewas dalam penjumlahan undi sokongan.

Atas sebab-sebab ini mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semalam menyatakan kerisauan nya terhadap hal ini.

‘Negara akan mendapat malu dan imej negara akan hancur jika undi percaya ini dilaksanakan” ujar nya.

Amat benar kerisauan yang diluahkan oleh mantan Perdana Menteri itu.

Namun, apakah ada opsyen lain untuk puaskan hati semua rakyat?

Selain cara memilih Perdana Menteri melalui  undian sokongan di Parlimen , apakah cari lain itu?

Untuk peringatan, Tun Mahathir juga antara faktor semua hal ini terjadi , walaupun Tun Mahathir yang mengutarakan kebimbangan.

Carca marba kepimpinan yang melanda negara diwaktu ini juga akibat Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri ke-Tujuh secara mengejut tanpa merujuk “Presidential Council” Pakatan Harapan.

Kedudukan ketika itu Tun Mahathir atas perakuan sendiri telah memberitahu dia tidak lagi mendapat sokongan dari kepimpinan Pakatan Harapan.

Tun Mahathir, tidak mendapat sokongan atas sebab pemimpin parti komponen dalam Pakatan Harapan menuntut Tun Mahathir menyerah jawatan kepada Anwar Ibrahim setelah menjawat dua tahun seperti yang dijanji ,tetapi Tun Mahathir engkar.

Hatta, terjadilah perebutan kuasa melalui penjumlahan undi dalam apa yang di gelar “Langkah Sheraton”.

Maka apabila Tun Mahathir menyatakan imej dan reputasi negara akan rosak dan hancur jika undian percaya diadakan , namun Baginda telah mengunakan budibicara untuk perkara ini.

Akibat semua pihak faham politik Tun Mahathir, maka motif kenyataan ini juga tidak “carry weight” dan berkemungkinan Tun Mahathir takut penjumlahan undi di-Parlimen akan membuat musuh tradisi Tun Mahathir , Anwar Ibrahim akan mendapat peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

 

 

 

Leave a Reply