Amerika Tidak Akan Paksa Negara Asia Pilih Amerika Atau China – Kamala Harris

Hebahkan !!!

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Dalam satu jawapan kepada soalan wartawan , Naib Presiden Amerika , Kamala Harris menegaskan Amerika tidak akan memaksa atau memberi tekanan kepada mana-mana negara Asia untuk memihak kepada Amerika atau pun negara China.

Harris berkata Amerika tidak akan mengambil pendirian sebegitu walaupun memahami kedudukan negara-negara Asia dalam membandingkan kedua negara kuasa besar ekonomi dan ketenteraan dunia.

Kamala Harris juga turut menyatakan negara China juga telah menjadi ancaman kepada negara serantau, dan Amerika tidak senang dengan kedudukan ini.

Kamala Harris berkata sedemikian Ketika sesi soal jawap Bersama wartawan dalam siri lawatan nya ke negara Singapura seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Naib Presiden Amerika ini juga akan menyambung lawatan nya ke-negara Vietnam selepas berada di- Singapura sejak hari isnin.

Sebelum berada di Singapura, Harris mengadakan lawatan ke negara China.

Ketika mengulas berkenaan negara China menjadi ancaman dirantau sebelah sini, Harris merujuk kepada beberapa insiden dilaut China Selatan dan juga pencerobohan tentera udara dan laut China di perairan laut China Selatan.

Selain itu, Amerika juga membuat bantahan terhadap pembinaan kubu pertahanan tentera China di kepulauan Spratly.

Walau bagaimana pun Kamala Harris seolah olah enggan menjawap berkenaan pengunduran keluar tentera Amerika dari Afghanistan dan pembentukan kerajaan kepimpinan Taliban.

 

Leave a Reply