Selepas Gagal Di-MITI, Azmin Mahu Jawatan TPM Pula?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Dalam hal ekonomi, fakta dan statistik memainkan peranan.

Sama ada sasaran atau KPI telah berjaya dicapai atau tidak, ia boleh dilihat pada graph dan laporan yang dibentangkan.

Dalam hal ini, ternyata Menteri yang menjaga MITI sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional iaitu Azmin Ali boleh dianggap telah gagal dan kurang efektif.

Untuk jawapan pada situasi hari ini, bolehlah Azmin berlindung dibelakang pandemik Covid sebagai alasan.

Tapi harus diingat, sebelum serangan pandemik Covid pun beliau sudah gagal dan tiada kejayaan dalam hal ekonomi dan pelaburan.

Apa yang dapat dilihat, hanyalah “kebijaksanaan” menjual asset negara dan menambah hutang baru.

Sepanjang tempoh tersebut, tiada cadangan yang bernas dan baik-baik datang dari MITI dibawah pimpinan Azmin Ali.

Malah MITI menjadi bahan gelak ketawa pula apabila Azmin pergi ke luar negara terutamanya negara Arab kerana Indonesia pula yang mendapat pelaburan yang banyak baik dari segi “Foreign direct Investment” (FDI) mahupun pelaburan kilang dan infrastruktur.

Maka , jelaslah rekod Azmin tidak baik dan tidak cemerlang di MITI.

Kini, kecoh pula dimerata-rata berkenaan kluster dan kartel Azmin cuba melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tentulah penyokong Azmin akan menyokong perkara tersebut.

Ini mudah difahami kerana seronok terbayangkan “tikus dapat menjaga beras”.

Tapi, kerisauan rakyat pula bagaimana?

Kami di- My NEWS ONLINE — Tomorrow News Today (my- news.online) mendapat tahu dari sumber tertentu dan membaca status-status individu tertentu di-facebook yang kami yakin pengetahuan mereka, tentang kerja melobi dan beri tekanan yang sedang rancak dibelakang tabir oleh kluster Azmin.

Jika ianya benar, maka perkara ini amat tidak sihat dan tidak baik.

Dalam perkembangan terbaru, Fuad Zakarshi telah memberi bayangan jika Azmin Ali dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri ia umpama membunuh diri.

 

“Ikut komen netizen sejak PN jadi kerajaan, imej Azmin adalah negatif baik dari segi moral dan performance (pencapaian). Melantik Azmin jadi TPM umpama bunuh diri,”

Begitulah pandangan seluruh negara terhadap Azmin Ali.

Jika di MITI pun gagal, apatah lagi dijawatan seperti Timbalan Perdana Menteri.

Leave a Reply