PM bertemu pembangkang, redakan ketegangan politik semasa

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

BERTINDAK atas kepentingan rakyat dan negara, Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hati ini telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil pemimpin pembangkang bertujuan meredakan ketegangan politik yang tercetus.

Pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu telah dihadiri Ketua Pembangkang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani dua peminpin Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Demokratik Rakyat (DAP), Lim Guan Eng.

Menurut kenyataan media bersama mengenai pertemuan lebih sejam tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dan mencari titik persamaan dalam menangani krisis pandemik COVID-19.

“Selain itu, sesi pertemuan turut membincangkan pendekatan terbaik untuk bebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi akibat hilang pekerjaan dan pendapatan,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan selepas selesai pertemuan.

Pertemuan kalangan pemimpin politik itu sebagai menjunjung titah perintah Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, supaya suhu dan polemik politik tercetus segera diredakan.

Dalam pada itu, ke semua wakil pemimpin hadir turut mencapai persetujuan dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif.

“Wakil pimpinan parti politik turut bersetuju untuk menyemak dan mengimbang kuasa tadbir urus eksekutif supaya lebih telus serta memenuhi kehendak rakyat.

” Kami juga bersetuju dan fahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan bagi memastikan supaya keadaan lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Habis

Leave a Reply