Kewujudan akta lompat parti, mampu stabilkan politik negara

Hebahkan !!!

SYAHIDI BAKAR

GESAAN pelbagai pihak supaya akta lompat parti digubal, perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan untuk menjamin kestabilan politik dan takbir urus egara di masa hadapan.

Penggubalan akta terbabit satu keperluan selepas buat pertama kali dalam sejarah Malaysia menyaksikan dua kali pertukaran kerajaan Pusat berlaku dalam sepenggal akibat jual beli ‘MP Katak lalu rebahkan kerajaan memerintah.

Terbaharu, gesaan supaya diwujudkan satu akta lompat parti telah disuarakan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan bahawa cadangan tersebut satu keperluan untuk  memastikan politik negara stabil.

Kestabilan politik katanya, dapat elak betlakunya pertukaran kerqjaan mengejut hingga menggugat proses pentadbiran dan tidak boleh berulang masa akan datang.

“Perlu ada undang-undang khas berkaitan lompat parti. Jika tiada, tidak mustahil akan berlaku lagi pertukaran (mengejut) kerajaan dan perkara ini akan berulang, Kalau adakan akta, insya-ALLAH orang yang menang tidak akan tinggalkan dan melompat kepada parti lain.

“Pas cuba pelbagai kaedah dalam parti supaya kalau menang, berjanji tidak akan melompat. Jadi kalau lompat, haramlah gaji,” katanya.

Pandangan itu dinyatakan Tuan Ibrahim selaku nombor dua Pas semasa ceramah secara maya disiar dalam KelantanTV.

Saranan tersebut sedikit sebanyak mampu buka mata kerajaan semasa untuk bertegas realisasi akta lompat parti yang telah sekian lama disuarakan pelbagai pihak mula semakin lantang sejak tahun lalu.

Bagi pemerhati politik, penggubalan akta lompat parti bukan hanya satu keperluan, malah trend makin berleluasa pasca PRU14 itu, tidak mempunyai kawalan khusus bagi mencegahnya daripada berulang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)juga sebelum ini menyatakan agensi tersebut tidak mempunyai bidang kuasa mengenainya dan tidak boleh melakukan siasatan ahli politik yang melompat parti kerana tidak menyalahi undang-undang negara ini.

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki, keadaan berlaku kerana tiada peruntukan undang-undang melarang ahli politik melompat parti selain tiada satu ketetapan peraturan khas berkaitan anti-lompat parti.

Justeru, dengan mengambil kira keperluan serta keterbatasan undang-undang sedia ada tidak mampu menyekat Ahli Parlimen melompat parti di masa depan, maka usaha penggubalan akta itu akan menjadi faktor paling ampuh menghalang ‘katak daripada terus melonpat.’

Malah wujudnya undang undang anti lompat parti juga secara langsung akan menjadi faktor pencegah amalan rasuah hasil aktiviti jual beli MP seperti mana terjadi sebelum ini.

Leave a Reply