Serangan Awal Yang Luar Biasa Untuk Ismail Sabri

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Semalam, jika dilihat dan diperhatikan diseluruh Medsos , begitu ramai netizen berbual tentang topik hangat berkenaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ke-Kedah.

Lawatan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan sudah tidak menjadi bualan para netizen.

Sebaliknya , isu sampingan pula yang menjadi berita utama.

Siapa pun tidak berapa peduli tentang hal keluarga mangsa banjir dapat bantuan RM5,000 dan RM500 bagi individu atau kerajaan membelanja sejumlah RM75 juta untuk hulur bantuan kepada rakyat.

Yang menjadi topik bualan mereka adalah berkenaan para Ahli Parlimen yang mengiringi Perdana Menteri menaiki jet dan kemudiannya berkenaan papan tanda sambutan kedatangan Datuk Ismail Sabri.

Musuh-musuh sentiasa mencari peluang walaupun bukan satu kesalahan,

Maka jelas sekali , Perdana Menteri memiliki musuh yang sentiasa menunggu untuk terkam dan serang waima baru sehari dua menjalankan tugas.

Rata-rata mereka yang menyerang adalah pro-Pakatan harapan dan juga dari parti bukan UMNO termasuk Parti Bersatu.

Ini dilihat sebagai peluang untuk merosakkan reputasi Datuk Ismail Sabri.

Bagi mereka yang tidak tahu, hal seperti menaikan papan tanda menyambut lawatan Perdana Menteri yang kononnya membazir , langsung tiada kaitan dengan Perdana Menteri.

Ia tidak diarah untuk ditegakkan mahu pun disuruh bina.

Sama jugalah dengan muat turun gambar ahli parlimen menumpang naik jet kerajaan.

Jika tidak dimuat turun gambar pun mereka tetap menumpang jet itu juga.

Bagi pihak mereka yang ada disekeliling Perdana Menteri, mereka haruslah peka tentang apa yang boleh “damage”kan imej dan reputasi Perdana Menteri.

Harus ingat Perdana Menteri baru wujud atas sebab Perdana Menteri lama dari Parti Bersatu tidak bagus, maka diganti dengan Perdana Menteri dari UMNO yang mungkin diandaikan lebih bagus.

Jangan pula beliau gagal atas sebab perkara-perkara sebegini.

Pegawai-pegawai Perdana Menteri haruslah menjaga imej “Boss” mereka.

Lihat sekeliling seperti kes-kes Faizal Azumu sekadar makan mee kari sahaja, walaupun bukan kesalahan , namun jika hendak dijadikan bahan “troll” ia tetap satu kesukaran untuk membidas dan menepis.

Belajar dari pengalaman seperti Nazri Aziz dan Azmin Ali di”troll” hanya sebab melancong keluar negara.

Ingat, Ismail Sabri membawa jenama UMNO, bukan jenama Bersatu, rosak jenamanya, UMNO terkait sama.

 

 

 

 

 

Leave a Reply