Perletakan Jawatan Azalina Dan Potensi DiLantik Jadi Menteri

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Secara sah semalam, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said telah meletakkan jawatannya.

Daripada apa yang dimaklumkan oleh pihak Azalina, beliau berikan beberapa sebab dan rasional perletakkan jawatannya.

Antara kenyataan diberikan berkaitan perletakkan jawatannya :-

  1. Kapasiti Moral Peribadi sebagai Timbalan Yang DiPertua
  2. Tanggungjawab Rasmi sebagai Timbalan Yang DiPertua
  3. Keberkesanan Memegang Jawatan dalam Menyokong Intergriti Awam

“Adalah menjadi satu penghormatan yang besar untuk berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertua, satu jawatan yang sangat saya muliakan sepanjang 13 bulan yang lalu.”

Surat Rasmi YB Datuk Seri Azalina di sini :-

 

 

Azalina turut menyatakan kerjasama rentas kepartian sebagai salah satu alasan beliau meletakkan jawatan atas sebab mahu menyahut seruan kerjasama itu.

Maka dengan tanggungjawab moral yang digalasnya, maka kini perbualan mula difokuskan terhadap apa akan terjadi seterusnya.

 

Berbagai perbualan mula berkisar bahawa YB Azalina adalah ‘minister material’dan berpotensi dilantik ke jawatan Menteri di dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Azalina yang terkenal memilik perwatakan tegas dan ‘outspoken” pastinya boleh menggalas tugasan kementerian yang utama atas sebab sudah ada pengalaman di dalam kabinet Barisan Nasional sebelum ini.

Sama ada betul atau tidak, YB Pangerang ini akan dilantik menjadi menteri, sama -sama lah kita tunggu dan lihat.

Leave a Reply