Kisah Bekas CEO 1MDB Alih Wang Tidak Ikut SOP – Najib Yang Kena Dakwa

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

Gajinya puluhan ribu sebulan, namun peraturan mudah berkenaan wang keluar dan masuk negara perlukan kelulusan badan autoriti seperti Bank Negara pun bekas CEO 1MDB tidak tahu.

Sama ada pihak syarikat 1MDB yang diurus olehnya sudah mendapat kelulusan pun dia tidak tahu.

Sekiranya dia uruskan setiap hari tidak tahu dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pun tidak tahu, bagaimana pula Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa sibuk mengurus negara mesti tahu serta-merta?

Atau, mungkin dia sudah berpakat dengan pihak lain untuk mengenakan Datuk Seri Najib?

Mohd Hazem Abdul Rahman, ketika itu menjadi CEO 1MDB menjawap “tidak pasti” apabila disergah oleh peguambela Datuk Seri Najib, Tan Sri Shafie Abdullah.

Jika diikuti perbicaraan kes dan melihat cara Hazem menjawab, terlalu banyak kali jawapan diberikannya ‘tidak tahu’ dan ‘tidak pasti’.

Jika beginilah jawapan diberikan ketika disoal, kemungkinan wujud pakatan cuba mengenakan Datuk Seri Najib semakin terserlah.

Pada tuiisan awal kami disini : Hakim Berang Kat Najib , Shafie Berang Kat Saksi. — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Terlalu jelas fakta dan pembuktian pihak pembela bahawa telah berlaku transaksi tanpa pengetahuan Datuk Seri Najib, malah pihak Lembaga Pengarah pun tidak dimaklumkan mengenainya.

Datuk Seri Najib hanya mengetahui berkenaan transaksi tersebut setelah transaksi sudah dilaksanakan.

Pada laman Facebook Najib juga ada post status berkenaan kes ini untuk dibaca oleh sekalian rakyat.

Rakyat Malaysian sering ulang laungan ‘penyamun’, ‘pencuri’ tetapi tidak semua memahami perjalanan dan isi kandungan kes.

Jadi, disarankan golongan ini supaya melihat sendiri proses perbicaraan dan soal jawab peguam untuk lebih memahami dan menyedari kes sebenarnya berlaku tidak sama dengan apa yang difitnah dan dipersepsikan oleh pihak Pakatan Harapan dan Tun Mahathir

Terlalu banyak perbuatan kakitangan serta pegawai tinggi baik dari 1MDB mahu pun pihak ketiga seperti kakitangan bank yang tidak Amanah dan dipergunakan

Dan akhir nya, DSNR dipersalahkan oleh musuh nya tidak seperti kes Forex dimana Nor Yakob dipersalahkan dan bukan Tun Mahathir atau pun Tun Daim.

Leave a Reply