Senarai Kabinet DSIS Pasti Selepas 7hb September , Untuk Elak Risiko Sabotaj

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Selepas sahaja perlantikan Datuk Ismail Sabri (DSIS) sebagai Perdana Menteri ke Sembilan selesai , maka pelbagai-bagai spekulasi pula timbul berkenaan nama-nama bakal Timbalan Perdana Menteri dan nama para Menteri.

Ini boleh lah difahami atas sebab pelbagai pihak mahu “pre-empt” dan membentuk andaian.

Ada juga yang mahu “testing ground” dengan acahan nama yang disenarai lalu mahu melihat respon kepada senarai anggota kabinet yang dipamerkan.

Namun, satu perkara amat jelas sekali yang ramai pihak terlepas pandang.

Selain faktor “siapa” Jemaah kabinet , faktor “bila” akan diumumkan juga akan menjadi faktor penting.

Kami di My-news.online amat percaya bahawa waktu terbaik DSIS akan mengumumkan nama individu yang akan menganggotai kabinet nya adalah sehari selepas pembukaan parlimen , sekaligus selepas perkiraan undi sokongan percaya pada permulaan sesi itu.

DSIS akan perlu bertindak bijak untuk “retain” jumlah sokongan yang sedia ada yang memihak kepada beliau.

Jika sebagai Perdana Menteri beliau umum nama-nama anggota kabinet nya  terlebih awal sebelum sesi pembukaan Parlimen pada 6 haribulan September, maka nama-nama yang tidak disenaraikan , pasti timbul ketidakpuasan hati akan terjadi.

Maka akan timbul huru-hara dan tindakan protes pasti berlaku, dan jika silap haribulaan DSIS bakal menjadi Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah.

Maka, kami amat yakin, pengumuman berkenaan nama Jemaah Menteri pasti akan dibuat selepas Tarikh 7 haribulan September iaitu selepas “vote of Confidence” atau keabsahan DSIS dilaksanakan.

Leave a Reply