Media Singapura Andaikan Ismail Sabri Akan “Juahkan” Diri Dari Jenama Perikatan Nasional.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Media Singapura pada satu laporan Analisa berita politik Bertajuk  “News analysis – Malaysia PM Ismail Sabri expected to steer clear of Perikatan Nasional branding” telah mengandaikan Perdana Menteri yang baru dilantik  Datuk Seri Ismail Sabri akan “distance”kan dirinya dari kerajaan sebelum ini iaitu Perikatan Nasional.

Ini, menurut laporan mereka di akhbar Straits Times , atas desakan kepimpinan UMNO sendiri.

Selain atas sebab UMNO tidak mahu terpalit dengan jenama ‘Kerajaan Gagal” ia juga atas sebab UMNO mahu rakyat dapat membezakan kerajaan pimpinan orang UMNO dan pimpinan orang Bersatu.

Jelas sekali walaupun pemimpin Bersatu cuba sedaya upaya memburukan UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional sebagai “Kleptokrasi’ namun gelaran itu tidak melekat dan hanya disebut dibibir pemimpin Pakatan Harapan dan Tun Mahathir sahaja.

Sebalik nya, jenama kerajaan gagal telah menjadi terkenal seluruh dunia dengan pembuktian fakta baik dari segi menangani pandemik Covid, mahu pun dalam urusan ekonomi.

Dalam kepimpinan yang singkat oleh kerajaan Perikatan Nasional , jumlah Menteri nya agak ramai tapi terilhat seolah-olah tidak berfungsi.

Dari segi ekonomi pula seolah-olah tiada hala tuju untuk menjana pendapatan baru selain menambahkan hutang sahaja.

Dunia juga amat meragui sistem  “judiciary” yang diamalkan di Malaysia.

Kes-kes membabitkan individu yang menyokong pemimpin parti Bersatu tidak didakwa, sebaliknya , yang membabitkan pemimpin UMNO sentiasa sahaja didakwa.

Jika sebagai pihak luar pun media asing sudah mengandaikan DSIS harus menjauhkan diri dari jenama gagal Perikatan Nasional , apatah lagi parti seperti UMNO.

UMNO pasti akan menghadapi kesukaran berdepan dengan rakyat pada pru15 jika ia dilihat sebagai entiti yang berkait rapat dengan jenama gagal Perikatan Nasional.

Leave a Reply