Kejayaan Dan Keberkesanan Perdana Menteri Ke 9 Bergantung Kepada Siapa Yang DiRujuk.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Cara yang sama selalunya menghasilkan keputusan yang sama.

Kerajaan Perikatan Nasional yang baru tumbang telah pun tercatit dalam buku sejarah negara sebagai Kerajaan yang gagal , ia kesinambungan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.

Kerajaan PH pula terkenal sebagai yang terlalu banyak berhutang dan menjual aset  dalam waktu yang singkat.

Maka, jika Perdana Menteri Ke 9 Datuk Ismail Sabri masih berpaut kepada struktur lama untuk menubuhkan kerajaan , pasti sekali dia akan mendapat hasil yang sama dari individu-individu yang tidak produktif dan tidak cemerlang yang ada pada kerajaan gagal 1.0.

Jadi, apa yang PM9 harus lalukan ada lah bermula dengan ramai “fresh face” didalam pentadbiran kerajaannya.

Perlantikan harus bukan berpaksikan kehendak parti politik semata-mata tetapi harus ambil kira kehendak rakyat.

Jika boleh , kecilkan jumlah Menteri kabinet ,tetapi perbanyakkan “engagement” dengan pakar-pakar berkaitan masalah-masalah tertentu.

Masalah kerajaan gagal 1.0 adalah Menteri-menteri nya terlalu ramai tetapi tidak efektif dan banyak sangat berpolitik tanpa henti-henti.

Ini difahami atas sebab mereka datang dari parti Bersatu yang tiada kekuatan keahlian diakar umbi.

Mereka juga datang dari parti minoriti lalu masa banyak terbuang dengan adengan umpan mengumpan bagi perkukuhkan kedudukan dan kuasa.

Yang terbaik untuk PM9 adalah dia harus buat pembaharuan secara total tanpa terlihat banyak kaitan dengan anggota kerajaan lama dan polisi gagal mereka.

Datuk Ismail Sabri yang bermula bertugas sebagai Perdana Menteri ke Sembilan dengan imej  “clean slate” telah pun mengambil dasar dan polisi pemula yang baik dengan pendekatan “Keluarga Malaysia”.

Apa yang perlu adalah pengisian maksud “Keluarga Malaysia”

Merujuk lah kepada pihak yang jujur mahu perbaiki negara.

Datuk Seri Najib Razak adalah contoh terbaik untuk dirujuk atas sikap konsisten mahu membantu rakyat.

Jika tersilap rujuk kepada mereka yang ada agenda peribadi dan kepentingan pasti DSIS akan melingkup bersama mereka.

Jelas sekali , kejayaan dan keberkesanan Perdana Menteri ke Sembilan akan bergantung kepada pihak mana yang dirujuk.

Tersilap rujuk , maka PM9 akan tersungkur.

 

Leave a Reply