Dilema PM9 – Hendak Akur MKT UMNO, Atau Gembirakan Bersatu?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Selepas riuh rendah perlantikan Perdana Menteri reda, maka kini muncul pula isu seterusnya.

Pergeseran pasti berlaku berkenaan perlantikan jawatan dalam kabinet Datuk Seri Ismail Sabri (DSIS)

Percaturan mahukan kementerian-kementerian dan juga jawatan-jawatan kabinet yang strategik pasti menghantui DSIS.

Kepada parti UMNO , ia hanya jawatan sementara sambil menunggu pilihanraya ke 15, bagi parti Bersatu pula , ia hidup mati demi “survival” mereka.

Jika sekadar mahu jaga hati parti Bersatu , maka tentu sekali mereka mahu rupa bentuk kabinet yang lebih kurang dengan kabinet kerajaan gagal yang ujud sebelum ini.

Jika , mahu akur kepada perbincangan dengan kehendak Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, pasti sekali mereka pula mahu yang berlawanan dengan apa kehendak yang parti Bersatu cadangkan.

Harus di ingatkan bahawa walau pun menteri-menteri dari parti Bersatu amat berkuasa dalam kabinet Kerajaan gagal  yang tumbang, kebanyakan mereka tiada kawasan “winable” atas sebab mereka adalah kluster “Katak”.

Atas sebab itu lah mereka sangat aktif dengan percaturan kuasa.

Berbalik kepada DSIS sebagai Perdana Menteri , jawatan ini pasti sekali terpalit dengan jenama UMNO bersamanya.

Jika DSIS gagal dalam misi menyelamatkan negara, maka kegagalan itu hanya boleh dikaitkan dengan jenama UMNO jika ketika dia menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau menggunakan acuan dan kehendak MKT UMNO sahaja.

Sebalik nya, jika DSIS akur kepada kehendak dan tuntutan parti Bersatu , maka kegagalannya tidak boleh dikaitkan dengan UMNO.

Umum tahu Parti Bersatu mahu hadapi pilihanraya ke 15 dengan bersembunyi dibelakang jenama dan jentera parti UMNO dan PAS atas sebab prestasi yang sangat buruk parti Bersatu Ketika menjadi sebahagian kerajaan dalam Pakatan Harapan.

Bersatu tidak mampu menghadapi rakyat dengan imej menjual harta Tabung Haji dan aset-aset rakyat serta menjarah wang PETRONAS serta lain-lain nya.

Maka , atas sebab itu parti Bersatu perlu membuat desakan untuk tuntut itu dan ini darI DSIS demi kelansungan nyawa parti tersebut.

Sambil itu, MKT UMNO pula sangat berwasangka dengan niat Bersatu apabila terdedah tentang niat mahu menukar Presiden UMNO kepada yang mesra Bersatu dan juga mengacau UMNO melalui agensi Kerajaan seperti RoS dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

UMNO juga tahu niat Bersatu mahu memecah belah kan UMNO supaya selepas Pru15 UMNO tidak menjadi parti yang dominan, kemudian akan mengujudkan pelbagai dakwaan mahkamah atas desakan ahli akar umbi UMNO terhadap pemimpin Bersatu dan pemimpin era Pakatan Harapan.

Maka, jelaslah betapa kedudukan DSIS dalam dilemma.

Untuk makluman, kertas perlantikan menjadi calon bertanding untuk pru15 masih lagi dalam kuasa mutlak Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Leave a Reply