Apa Nama Kerajaan Perdana Menteri Baru?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

Kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang Bersama Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Kerajaan Yang terbentuk  hari ini , Perdana Menteri nya Datuk Ismail Sabri bukan dari kelompok Perikatan Nasional.

Datuk Ismail Sabri adalah ahli UMNO dari Barisan Nasional dan Muafakat Nasional.

Ibu pejabat Muafakat Nasional masih berada dibangunan PWTC.

Atas sebab kerajaan Perikatan Nasional sudah pun tumbang dan dibubarkan , maka Perdana  Menteri keSembilan Datuk Ismail Sabri harus segera berunding dengan Majlis Kerja Tertinggi untuk berbincang jenama yang kerajaan pimpinan nya perlu gunakan.

Dilaporkan sepatutnya sudah ada mesyuarat MKT malam semalam  21 hb Ogos  tetapi tertanguh atas sebab PM9 harus berada disatu majlis diluar Putrajaya.

Jenama PN adalah jenama Kerajaan Gagal dan Perdana Menteri UMNO tidak harus terkait dengan jenama itu.

Impak nya buruk untuk Pilihanraya ke Lima Belas (PRU15)

Memang benar UMNO ada bersama dengan kerajaan gagal , tapi harus diingat keputusan-keputusan tidak popular terutamanya tentang ekonomi dan kewangan langsung tidak dirujuk kepada UMNO.

Azmin Ali, Tengku Zafrul dan Tok Pa dikatakan tidak merujuk kepada UMNO dalam hal-hal seperti penjualan aset dan pampasan untuk pembatalan projek High Speed Railway antaranya.

Malah hutang-hutang baru yang dibuat oleh kerajaan Perdana Menteri ke8 juga tidak dirujuk kepada UMNO.

Pemimpin UMNO hanya terkait dengan hal-hal pandemik Covid yang dasarnya juga ditentukan oleh PM8.

Atas sebab itu juga maka terjadi kisah Ismail Sabri tutup pintu depan dan Azmin Ali buka pintu belakang untuk beri laluan kepada ratus ribu kilang pekerja asing beroperasi.

Maka , ringkas nya, kepimpinan  kerajaan diterajui UMNO ini harus tukar nama dengan segera.

Selain itu harus berhati-hati memilih Menteri untuk mengelak dari terpalit dengan kritikan “tukar baju” sahaja tapi orang yang sama.

Persoalan utama , apa kah nama kerajaan baru ini?

Leave a Reply