Waktu Terbaik UMNO Desak Buka Kes Zeti Dan Tabung Haji

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Dalam satu penggal sudah tiga kali negara bertukar kerajaan dan Perdana Menteri.

Ini kerana terlalu banyak parti politik ujud dalam negara yang penduduk boleh mengundi tidak sampai separuh dari populasi.

Akibat terlalu banyak parti politik, maka ia perlu bergabung untuk memerintah, lalu tuntutan dari parti komponen yang bergabung mahu menuntut itu dan ini, jika tidak dilayan akan jadi pergeseran lalu berpecah maka hilang lah majoriti.

Kini, atas sebab yang sama maka UMNO sekali lagi menjadi kerajaan.

Sama ada ia satu rahmat atau bala, itu perlu kita lihat kesudahan nya nanti yang bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan UMNO.

 

Dalam Ketika UMNO Kembali memerintah ini, peluang mencari kebenaran harus diutamakan sekaligus juga untuk menjaga imej UMNO.

Memperbaiki kerosakan yang telah dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional yang dikuasai oleh pemimpin Bersatu.

Walaupun UMNO berada didalam kerajaan yang sama , namun banyak tindakan-tindakan yang dibuat tidak melalui persetujuan UMNO.

Individu-individu dari parti Bersatu seperti Azmin Ali, Hamzah Zainuddin dan beberapa lagi termasuk Perdana Menteri sendiri tidak merujuk UMNO.

Rujuk atau tidak lumpur nya terpalit kepada UMNO juga.

Dalam kesempatan menjadi kerajaan ini , UMNO harus tekan kepimpinan baru kerajaan pimpinan Datuk Ismail Sabri untuk membuka kes-kes berprofil tinggi seperti Kes bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti dan juga skandal penjualan tanah dan aset Tabung Haji.

Pembukaan kes ini boleh perbaiki imej UMNO sambil memberitahu rakyat ada nya “penyamun” sebenar yang selama ini dilindungi.

Kerajaan PM8 dilihat seolah-olah berat untuk membuka kes-kes ini berkemungkinan mereka ada terbabit sama.

Seperti kes Zeti Aziz , umum sedia maklum siapa “kleptokrat” dibelakang nya.

Pandemik Covid tetap tidak akan diabaikan dan pemulihan ekonomi tetap akan cuba diuruskan.

Kes-kes berprofil tinggi ini adalah demi kepentingan negara untuk membuktikan negara tidak mengamalkan selektif “presecution” atau “Political persecution” yang selama ini hanya pemimpin UMNO sahaja yang menjadi mangsa nya.

Perdana Menteri keSembilan juga harus buktikan dia bukan dibawah pengaruh Tan Sri Mahiaddin Yassin dan parti Bersatu atau terhutang budi seperti yang ramai syaki.

Tentu rakyat sangat setuju dan imej Perdana Menteri keSembilan akan menjadi popular sekaligus menjadi pesaing jawatan Presiden UMNO.

Leave a Reply