Kamala Harris Lawat Singapura Dan Vietnam, Malaysia DiPinggir

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Laporan menyebut, lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat ke China hari ini dan seterusnya ke Singapura serta Vietnam minggu depan (24 Ogos), telah mendapat perhatian seluruh dunia.

Ini mungkin disebabkan beberapa insiden yang berlaku di Laut China Selatan baru baru ini.

Maka, tentu sekali negara-negara dunia memberi perhatian lawatan Naib Presiden Kamala Harris kerana hasil perbincangan kedua-dua negara kuasa besar dunia itu bakal memberi indikator terhadap politik dan ekonomi.

Paling menarik perhatian mynews.online (MNO) adalah susulan lawatan ke China, Kamala dijadualkan melawat Vietnam dan seterusnya ke Singapura pula.

Ini secara jelas menunjukan Vietnam dan Singapura adalah lebih penting kepada Amerika berbanding Malaysia.

Secara kebetulan,rakan dagang utama bagi Malaysia adalah Singapura diikuti oleh Vietnam dan ketiganya, Amerika dengan jumlah dagangan hampir RM52 bilion.

Malaysia hanya bersebelahan Singapura namun bagi Amerika, Malaysia tiada dalam peta mereka dari segi kepentingan.

Ada juga maklumat diterima menyatakan
Malaysia sebenarnya hampir dikenakan sekatan oleh Amerika dan berada dalam pemantauan negara Uncle Sam itu ketika kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Mahathir memerintah.

Tindakan tersebut didakwa berpunca oleh sebab Amerika mengesyaki Malaysia telah membantu penjualan minyak negara Iran.

Ketika itu, hasil jualan minyak Petronas merosot namun jumlah penghantaran minyak ke China meningkat.

Amerika mengesyaki Malaysia membantu memindahkan minyak dari kapal Iran di pelabuhan Malaysia.

Tambah buruk lagi, kerajaan Tun Mahathir mesra Syiah Iran bersama Mat Sabu ketika itu apabila membatalkan pembinaan Salman Peace Centre yang mahu dibina oleh Arab Saudi.

Kemudian, ia disusuli penarikan tentera Malaysia dari Arab Saudi, ia menambahkan lagi kebencian Arab Saudi.

Apa yang kami MNO, cuba paparkan adalah imej Malaysia sudah terlalu buruk di era kerajaan Pakatan Harapan, suka bergaduh dengan banyak negara dimulai dengan China apabila berlaku pembatalan ECRL, kemudiannya Singapura susulan pembatalan HSR dan juga India.

Kini, apabila Naib Presiden Amerika “snub” Malaysia, ia adalah kali kedua.

Kali pertama adalah pembatalan lawatan Putera Arab Saudi Mohamad Salman Junior yang setelah dijadualkan datang, lalu beliau terus batalkannya tanpa memberi alasan.

Malaysia harus perbaiki hubungan dengan negara lain supaya peluang dan potensi pelaburan tidak terpinggir dan kita tidak boleh berterusan begini.

 

 

Leave a Reply