Hakim Berang Kat Najib , Shafie Berang Kat Saksi.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

 

Pasti semua orang yang peka berita politik sudah tahu berkenaan semua Ahli Parlimen harus melayan titah Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk menyerahkan pilihan calon Perdana Menteri mereka melalui SD.

Kemudian, pihak dari Perikatan Nasional (PN) pula harus pergi ke Parlimen untuk mengadap Tuanku bagi menyembah maklum pengesahan berkenaan hal ini.

Namun, ada juga pihak seolah-olah tidak tahu bahawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, harus akur kepada amanah dan tanggungjawap berbentuk kepentingan nasional ini.

Pihak dimaksudkan adalah Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mengendalikan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi, semalam.

Setelah peguambela memberitahu anak guam mereka harus berada di sana, Hakim Collin seolah-olah tidak berpuas hati dan mahu Najib segera kembali ke mahkamah.

Ini urusan memilih pemimpin tertinggi negara di mana perlantikan hakim-hakim seperti Collin Sequerah juga tertakluk di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Jadi seharusnya Hakim Collin berkerjasama dan memahami keutamaan, yang manakah kes kes membabitkan individu, manakah pula membabitkan seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, pada perbicaraan tersebut Peguambela Najib, Tan Sri Shafie Abdullah telah membidas seorang saksi ketika memberi keterangan.

Shafie menyatakan “Kamu yang sepatutnya berada di kandang pesalah, bukannya Najib,” rentetan daripada soal jawab peguam pihak Shafie, Tania Schivetti.

 

Tania sempat mendapat maklumat daripada CEO 1MDB Mohd Hazem, yang mengaku dirinya mengalihkan wang bernilai USD127 juta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

Maka, jika BOD 1MDB tidak dimaklum atau dimohon kelulusannya dan mereka juga tiada pengetahuan awal tentang transaksi yang berlaku, bagaimana pula Datuk Seri Najib, kononnya ‘mesti tahu’ sedangkan beliau ketika itu sibuk mengurus tadbir negara dan hanya mengetahuinya selepas transaksi dilakukan.

Atas hal inilah, Tan Sri Shafie berang lalu membidas dengan menyatakan “Kamu yang gubah wang haram, anak guam saya pula yang kena dakwa”.

Kepada yang suka berzikir kleptokrat, amat sesuai untuk mereka mengikuti rapat perbicaraan kes dan kandungan hujah-hujah demi memahami apa sebenarnya terjadi dan kenapa ramai mendakwa ia hanya kes rekaan untuk mengambil kesempatan mengenakan  Najib demi kepentingan politik pihak tertentu, atas niat asalkan ada kes untuk buatkan Najib digelar penyamun dan kleptokrat, waima pendakwaan kesnya masih tunggang-langgang tanpa saksi utama dan bukti kukuh.

Leave a Reply