Siapa Pun Yang Jadi PM9 , Tetap Pikul “Biawak Hidup”

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Pembubaran kerajaan Perikatan Nasional adalah akibat tidak  mendapat cukup sokongan kerusi Ahli Parlimen untuk terus menerajui kerajaan.

Perdana Menteri kelapan (8) Tan Sri Mahiaddin pula adalah Perdana Menteri dari kesinambungan kerajaan Pakatan Harapan.

Ketika Tan Sri Mahiaddin mengambil alih jawatan Perdana Menteri, sebenarnya , dia telah memikul hutang-hutang dan beban ekonomi yang di “carry forward” dari era kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.

Dalam era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama dua puluh dua bulan (22) banyak ketirisan kewangan boleh dipersoalkan dan dijadikan isu.

Namun , Tun Mahathir dan PH terselamat  dari terdedah, kerana walaupun nampak ada pergeseran antara rejim Tun Mahathir dan rejim Tan Sri Mahiaddin , mereka sebenar datang dari kelompok sama yang terbabit dalam kerajaan dua duluh dua (22) bulan PH.

Maka atas sebab ini , kerajaan PN amat liat untuk membuka sebarang kes kerana watak terbabit pada kerajaan 22 bulan kini berada dalam kerajaan PN juga.

Dalam kes Tabung Haji  dapat dilihat bagaimana kerajaan PN sungguh liat untuk membuka siasatan , walaupun akhirnya pengumuman dibuat akan membuka Siasatan DiRaja untuk tujuan ini tetapi amat mengecewakan ia akan dilakukan dalam versi Perikatan Nasional dan bukan dari perspektif yang rakyat mahukan.

Skop-skop siasatan tidak menepati apa yang rakyat mahukan seperti –

1) Siapa tentukan aset apa yang harus dijual

2) Siapa tentukan harga

3) Siapa tentukan pembeli

3) Siapa dapat komisyen

4) Berapa komisyennya

Semua tahu , menjual sebidang tanah pun ada komisyen.

Ini antara perkara-perkara yang boleh disiasat.

Selain itu kedudukan kewangan negara juga semakin tenat dan kian parah.

Beberapa badan rating dunia seperti Flitch dan Bloomberg telah meramalkan kedudukan yang agak malap bagi “forecast” kewangan Malaysia.

Ini amat menyedihkan dan membebankan kepada sesiapa sahaja yang mengambil alih kepimpinan negara.

Paling penting , siapa Perdana Menteri pun beban yang akan di pikulnya sangat besar dan mega.

Hutang baru sahaja sudah bertambah ratusan bilion, masalah Covid sudah hampir dua tahun masih belum tahu tindakan apa yang paling tepat dan sesuai untuk diambil dengan jumlah semakin meningkat.

Rakyat tahu akan semua hal ini, mereka bukan sergah sembarangan kerana mereka telah lama bersabar dan akur kepada semua arahan dan SOP kerajaan.

Rakyat juga tahu kerajaan PN berkuasa ketika Covid melanda dan ekonomi merudum, tapi itu lah kayu pengukurnya.

Rakyat mengukur kemajuan dari mula kerajaan PN ambil alih dan bandingkan ketika sudah tujuh belas bulan PN berkuasa.

Ia satu penilaian yang adil.

Maka dengan penukaran pentadbiran kerajaan , diharap kerajaan baru serta Perdana Menteri baru membuat perubahan dasar dari sudut dan dimensi yang lain secara total.

Jangan lagi buat silap menangani covid dari sudut politik tetapi tangani nya dari sudut perubatan.

Apa yang jelas, Perdana Menteri baru sudah pasti  memikul beban kerajaan lama.

 

 

Leave a Reply